Petua Melayan Suami
1 - Semasa suami bercakap
hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong
cakapnya.
2 - Bila suami marah
hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka
menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan... menegakkan kebenaran sendiri
akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki
meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda
sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami
kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah
suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita
tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku
seorang lelaki.
3
- Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti
hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah
sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita
perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu
yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja
dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4
- Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika
panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu
hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5
- Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera
bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan
kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh,
hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6
- Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau
suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak
lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga
hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut
seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
No comments:
Post a Comment