Petua Untuk
Awet Muda Cara Islam
Petua 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum
mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari
bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap
hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun
pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut
selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur
ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong
kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain
itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan
di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan
setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat
wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan
ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah
yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan
kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35
~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan
pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun
pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit
badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan
menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air
telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang
lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga
itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.
*ni kalau kalian ada air telaga la yer.
No comments:
Post a Comment