Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more

Wednesday, July 31, 2013

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Assalamualaikum... Jom kita cuba cara islamik ini untuk kecantikan.




Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Cadangan Amalan Untuk Muslimah Yang Haid/Nifas Ketika Ramadhan

Assalamualaikum... Khusus untuk wanita yang dalam keadaan haid / nifas. Kita tidak perlu risau tentang amal ibadah yang kita rasa terhalang. Sebaliknya banyak pahala yang kita masih boleh lakukan dam kaup walau dalam keadaan "kotor".



Tips Kebahagiaan Anak

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua..




Tips Kebahagiaan Anak

Mari kita sama2 amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1 - Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2 - Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3 - Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4 - Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5 - Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6 - Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7 - Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8 - Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9 - Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10 - Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Yakinlah, Janji Allah Itu Benar Dan Nyata

Assalamualaikum... Yakinlah bahawa janji Allah itu pasti... Allah tak pernah tidur.. Sabar dan solatlah... 







Yakinlah, Janji Allah Itu Benar Dan Nyata

# Jika kita menantinya dengan ikhlas.
# Jika kita menantinya dengan penuh syukur.

# Sesungguhnya ALLAH SWT sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan.
# Sebenarnya ALLAH SWT telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti.

* Menantilah dengan penuh kesabaran.
* Menantilah dengan penuh keimanan.

@ Karena Insya Allah Akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan.
Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta.
@ Karena ALLAH SWT Maha Memberi. Tetaplah menanti dengan sabar atas jawaban-NYA.

Karena janji ALLAH itu benar dan nyata.

Bagaimana kualiti diri kita, begitu juga lah hasil yang akan kita dapat.
Oleh kerana itu dalam penantian ini jadikan diri kita baik.
Maka kita akan mendapat kan yang terbaik juga. Insya Allah.

15 Tanda-tanda Terkena Santau

Assalamualaikum dan selamat pagi... Hari ini nak kongsi sikit info tentang santau.


15 Tanda-tanda Terkena Santau

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1 - Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

2 - Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

3 - Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat.
Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

4 - Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.

5 - Lenguh seluruh anggota badan.

6 - Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7 - Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8 - Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.

9 - Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10 - Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.

11 - Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

12 - Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.

13 - Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.

14 - Sentiasa sakit pada tulang belakang

15 - Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jika anda ada tanda2 diatas dapatkan khidmat nasihat dari kami disini : Rawatan Islam






Tuesday, July 23, 2013

Rawatan Alternatif Menggunakan Surah2 Dari Al-Quran

Assalamualaikum... Sedar tak sedar kita sudah masuk pertengahan Ramadhan... Sekejap je masa berlalu. Begitu juga umur kita. Setiap manusia yang hidup akan mengalami ujian hidup yang berbeza. Walau apa pun yang kita alami, hadapinya dengan tenang dan redha...





Rawatan Alternatif Menggunakan Surah2 Dari Al-Quran

Apabila rawatan moden masih tidak berkesan dan gatal kulit berulang juga, insyaAllah Al-quran adalah penawar yang paling baik. Nabi Ayub AS yang diujikan dengan penyakit kulit yang teruk dan dasyat iaitu dari hujung kepala sehinggalah kehujung kaki adalah Nabi yang paling sabar. Nabi Ayub A.S menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.

Al-Quran tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Baca kisah Nabi Ayub A.S.

Bahan-bahan untuk rawatan:
1 - Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2 - Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3 - Air suam sebaldi besar (standard).

Surah-Surah yang dibaca:

1 - Shalawat Nabi - 10 kali.
2 - Al-Fatihah - 7x.
3 - Ayatul Kursi - 7x.
4 - Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5 - Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

DOA DIBACA SEMASA MERAMASKAN DAUN (SIREH ATAU BIDARA).


Maksudnya:
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin). (Surah Shaad: Ayat 42) 

DOA INI DIZIKIRKAN SELEPAS SETIAP KALI SOLAT (100x).


Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Surah Al- Anbiyaa: Ayat 83)

Minum air dan mandi dan gosok seluruh badan dengan air bacaan yang telah dicampur dengan garam dan ramasan daun bidara atau sireh itu. Lakukan disebelah waktu petang. Selepas 30 minit kemudian barulah mandi dengan air biasa. Sekurang-kurangnya lakukan sehingga rasa badan itu kurang gatal. Terpulanglah kepada individu itu untuk melakukan sehingga benar-benar sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah ikhtiar secara ini telah banyak memulihkan beberapa individu sebelum ini.

Isteri captain dahulu diwaktu pagi selalu naik gegata selepas mandi sehingga bengkak dan gatal seluruh badan. Captain hanya sapu dengan daun sireh diseluruh badannya dengan membaca shalawat nabi 3x. Selepas tiga hari dilakukan, gegata itu hilang terus sampai sekarang.

Shalawat Nabi yang memang menjadi amalan captain sebelum melakukan sesuatu perkara seperti membasuh daging, ikan, membasuh beras sehingga pintu yang rosak tidak dapat dibuka kerana "knob" rosak. Baca shalawat sekali tendang pintu itu terus terbuka tanpa merosakkan pintu.
Wasallam.


Petikan Doa :
http://ustazsham.com/doa-ketika-ditimpa-musibah/

Friday, July 19, 2013

Perubatan Al-Quran Untuk Menyembuhkan Masalah Kesuburan

Assalamualaikum dan Salam jumaat untuk semua...




Perubatan Al-Quran Untuk Menyembuhkan Masalah Kesuburan

Ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan jin-jin dan sihir adalah seperti berikut:

# Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118
# Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44
# Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186
# Surah Al-A’raf, ayat 40 hingga 62

Manakala, untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan yang bersifat Medical iaitu yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan seperti penyakit endometriosis, PCOS, dan lain-lain, ayat-ayat Al-Quran yang selalu diamalkan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah adalah seperti berikut:

# Surah Maryam , ayat 31 hingga48
# Surah Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
# Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
# Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
# Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74
# Surah An Nisaa', ayat 127 hingga 140

Wednesday, July 17, 2013

Zikir Harian Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum... Ambillah kesempatan di bulan mulia ini untuk mengumpul sebanyak yang mungkin pahala dan fadhilat ramadhan. Isilah ruang2 waktu dengan ilmu yang bermanafaat. Andaikan ini adalah ramadhan kita yang terakhir...




Berikut adalah zikir-zikir yang boleh diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini..

A)  SUBUH :
1 -  Setelah masuk waktu dan Azan Subuh, lakukan Solat Sunat Fajar dua rakaat. Di antara azan dan solat fardhu Subuh adalah waktu mustajab doa, maka bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa:


2 -  Dirikan Solat Fardu Subuh, wirid dan berdoa selepasnya.

B)  PAGI:
1 - Zikir:


2 - Tasbih 100 kali:


Fadhilatnya: Dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat.

3 - Selawat;
Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali:


4 - Melakukan Solat-Solat Sunat:

5 - Membaca Al-Quran

6 - Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)

C)  TENGAHARI
1 - Solat :
Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.

2 - Istighfar:


D)  PETANG
1 -  Solat : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid dan doa.


E)  MAGHRIB:
1 -  Berbuka puasa
2 -  Solat Maghrib dan sunat Maghrib.
4 -  Baca zikir berikut 50 atau 100 kali:


Fadhilatnya: Menjadi pelindung di dunia dan akhirat.

F)  ISYAK:
1 -  Solat sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak
3 -  Membaca Al-Quran

G)  TENGAH MALAM
Bermula dari  2.30 pagi sehingga keluar fajar subuh.
2 -  Solat sunat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat.
5 -  Berdoa.


وَالسَّلاَمُ
Posted by; shafiqolbu
JANGAN TAK KLIK