Cerpen : Cinta Sampai Syurga (sediakan tissue sebelum baca!)
Dia duduk menghadap
laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton
televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun
bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba,
si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini
pun tak tahu lah.
Salah abahlah ni,
pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah
aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab
selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah
aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu
je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu
okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku
ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak
boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.
Enjoylah aku dengan
laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi.
Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun
aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap
saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak.
Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti
si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.”
Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt
muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci
kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman
ragu-ragu.
Syahirah senyum.
“harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya
dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari
tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.
“abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada
arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi
dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar
track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah
menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia.
Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak
pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak
Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan. _________________________________
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu
bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita
meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca.
“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik
sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku
jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam
fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di
hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau
ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.”
Aiman hanya
mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum
ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau
jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku
terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia
ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini
siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman
yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya
terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.”
Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya
agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok
yang pendiam.
Terkejut juga
tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang
buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam
sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”
Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah
bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau
isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah
tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat
ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak!
Habis, kalau lelaki
tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh
sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana
ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.
“tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman
senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi
selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir
di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa
laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat
kening. Syahirah senyum. _____________________________________ “huish masin.”
Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang
masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak
punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..”
“is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua.
Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat.
Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia
cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh,sejak bila jadi
geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
_________________________________ “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru
selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak
apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak
apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai
solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh
umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu.
Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama
pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah
ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah
membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke
syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.
“baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah
dan Aiman serentak.
Aiman duduk di
birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke
dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia
kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk
belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam
keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan
isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus
hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya
dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam
celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila
mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si
Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada
nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
__________________________________ Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu.
Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang
pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan
rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”
Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu
tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang
jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu
abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?”
tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa
dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.
Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan.
“awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.”
Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa
tidur sebelum tidur..”
Aiman ketawa.
“next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya
mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam
setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni
last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai
syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman
isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret
bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka
bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada
ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia
melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah
(mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat
tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?”
Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman
memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman
dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman
telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata
Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil
tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa
selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada
suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah
melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia
sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini.
Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan
cerita tu?” “best.”
Syahirah senyum
hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan.
“ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak
tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar
mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak
sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum.
Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan
lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku
tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je
Aiman dengar. Tak
tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar
cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita
membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan
perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di
bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan
lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari
terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila
terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah
dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun.
Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC
la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah
Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya
solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah
Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Syahirah senyum dan
gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan
Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi
dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata.
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman
pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman
senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try
dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar
dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang
padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt
berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung
labuh.
Baju dorang warna match.
Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
_________________________________________________ Aiman sibuk membuat kerjanya
di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru,
banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman
senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah
dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..”
terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil
tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja
yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat
sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di
lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia
memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu
mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa
perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu
nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya
tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau
melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya?
ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di
meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato
Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..”
“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua
bil-bil ni! “
Tercengang Aiman
mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak
peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa
abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia
yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil
briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya
itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. _____________________________
“Along.. tolonglah
jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman
melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak
melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak
Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah
pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku
pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas
tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku
sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah
rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi
berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat
rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya
upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di
sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni
mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang
iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia
muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya
keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah
sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat
rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia
memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan
tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati
abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah
senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak
Syahirah berbicara
lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong
lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air
matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang
menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya
bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya
itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan
lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih
baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah
kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman
beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..”
buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya
nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak
berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa.
Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah
abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.”
Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi s.a.w
kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur
dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai
Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali,
bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka
bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada
Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?”
Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk
Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman
menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada
Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda
sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya.
Tipu kalau dia kata
dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit
sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek
untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya.
Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu
dulu… sekarang lain… _________________________ Assalammualaikum, abang dah
makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah
tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar
melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas beberapa minit. Syarikat
abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman Solat
Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa
dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman. ____________________________________ “Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman,
kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu
hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.”
Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami.
Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah
itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan
kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu.
Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji
Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya
lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan.
Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.”
Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat
nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu
dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan
ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di
turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________
“saya sayang
abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke
rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.”
Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya
yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah
tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa
inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman
mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi
untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia
rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu,
dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas
setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang
Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman
lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah
menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang
dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka
bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut.
Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman
terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah
itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita
pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no…
nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi
itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni.
saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya
tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya
dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya
Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah
lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa
sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak
sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga
Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium
tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai
dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf
kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah
akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua
makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta
maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya
ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata
Syahirah dan
senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”
_____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah
selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang
mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari
masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari
ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam
dengan pisau.
Aiman cuba mencari
dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan
kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat bangun.
Kepalanya seakan
sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke
rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah
yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan
pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis
masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi
mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya
juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa
Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya
berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar
rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau
yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU
berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya
makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar
Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”
Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran
bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air
mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah
ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya
itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal
dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin
yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan
tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut
dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat
sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci
itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
________________________________ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar
SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar
MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar
TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia
hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya
senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan
dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa
di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti.
Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari
luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak
uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah
bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Aiman
dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah
kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir
di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat
Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya
itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya
Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis.
Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan
ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap.
Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya
rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras
mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya
Cinta Kita nyanyian
Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang
kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak
nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman
menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil.
Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah
Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke
reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya
berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia
kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut
ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk
membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.
Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini, dia kembali
tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia
senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak
keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman
dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” _________________________________ Aiman meletakkan kereta
sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat
sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat
sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan
bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman
senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah
hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan
semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk”
pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman
mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata
Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang
senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah
hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.
______________________________
No comments:
Post a Comment