Oppsss....Oppsss.... Kepada
yang masih tak kahwin atau di bawah umur... diminta baca entri nie sambil
diperhati atau di bawah pemerhatian orang tua ok... Kepada yang sudah faham...
Alhamdulillah... Entri nie untuk maklumat berkenaan bagaimana nak menghilangkan stress wanita....Dan salah satu
sebab dan caranya.... ialah berkenaan dengan sperma....
Inilah petikan yang aku dapat:
"Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah
dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga
boleh dijadikan ubat anti tekanan.
‘Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah
kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan
wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak
menggunakan.
Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini
atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada
mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian
ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.
Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka
memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck
Depression Inventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan
skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.
Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah
menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang
kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu
menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks
mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan
dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh
diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur
dibandingkan dengan yang tidak.
Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi
ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih
jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana
adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap
melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi
beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon
perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin
yang berbeza."
Ok...
bagi yang BELUM KAHWIN... Jangan nak fikir akan cara nie nak hilangkan
stress... Banyak lagi cara nak hilangkan stress... Ini cuma salah satu
caranya... Jangan nak gatal-gatal buat alasan sebab info nie korang nak berzina
pulak!!
No comments:
Post a Comment