Sumber:-
http://www.facebook.com/senanghamil?sk=app_221525234532053#!/KisahWanita
:: JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia
akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia33 masih hidup.
Begitulah juga... setelah
kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai
MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
& mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah
menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia
retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu
memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya
& janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia
biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki
sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan -
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu
ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh
memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
No comments:
Post a Comment