Selamatkan saudara kami.... selamatkan Gaza.... Jom bantu saudara kita. Jika tidak mampu bantuan kekuatan atau kewangan, cukuplah kita bantu mereka dengan doa. Moga doa-doa kita tambahan di bulan Ramadhan ini akan diberkati Allah... Tak dapat nak dibayangkan jika kita berada ditempat mereka... Allah, sayu hati tengok mereka yang tak bersalah menjadi korban keganasan...
Bagi kita yang berada dalam negara yang aman dan mewah dengan makanan ni, bersyukurlah. Berbukalah seadanya. Usahlah membazir... Berselerakah kita makan dan minum dengan makanan yang melimpah ruah, sedangkan kita tak tau apa yang dimakan saudara kita disana untuk bersahur dan berbuka...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

visit twitterbackgrounds.org for more
visit twitterbackgrounds.org for more
Friday, July 11, 2014
Doa Untuk Gaza
Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua... Alhamdulillah syukur kita masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini... Alhamdulillah juga kerana kita berada dalam keadaan aman tanpa peperangan seperti negara saudara islam kita.
Marilah kita membantu sekadar yang termampu untuk saudara-saudara kita disana... Moga sumbangan kita walau sebesar zarah, mendapat membantu serba sedikit bebanan dan penderitaan mereka disana dan mendapat keredhaan Allah. Insya Allah apa yang kita dermakan, walau sedikit tapi ikhlas kerana Allah, pasti akan ada ganjaran untuk kita bawa bekalan di "sana" nanti...

Thursday, July 10, 2014
Pray For Gaza
Assalamualaikum dan selamat berpuasa.... Jom kita sebagai rakyat malaysia yang hidup aman damai ni, ambil sedikit masa doakan untuk saudara seislam kita. Tiada kata terucap bila melihat kekejaman yang berlaku. Hanya doa yang mampu kita kirimkan...
Tuesday, July 1, 2014
Keajaiban Doa Seorang Suami
Assalamualaikum... Keajaiban doa seorang suami ketika ditimpa ujian/dugaan... Suami adalah ketua keluarga. Betapa hebatnya kuasa dan tangungjawab suami dalam keluarga. Jika suami bijak menguruskan rumahtanggnya maka berbahagialah rumahtannga mereka. Sebaliknya jika tersilah langkah, pasti mengundang risikonya.
Sebab itulah, pasangan yang ingin berumahtangga perlu mengisi rohani kita dengan ilmu... Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu. Banyak cabang ilmu yang boleh diperolehi. Sama ada melalui pengalaman orang-orang lama, buku-buku ilmiah, internet, ceramah dan sebagainya.
Carilah ilmu sebanyak yang mungkin. Tak rugi pun... Sebagai suami, anda perlu bijak dalam urusan rumahtangga. Bijaksana mengawal emosi, bijak menyelesaikan kekusutan, dan bijak dalam segala hal. Suami bukan setakat perlu mencari nafkah semata-mata, tapi banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...
Fikir-fikirkan dan selamat beramal...
Rumahtangga Harmoni Keluarga
Bahagia

Keajaiban Doa Seorang Suami Ketika Ditimpa
Dugaan...
Keajaiban doa seorang
suami telah mampu menyelamatkan keluarganya ditengah-tengah ditimpa dengan
pelbagai dugaan. Peristiwa ini adalah cerita benar yang terjadi di dalam
masyarakat kita. Ketika dugaan menimpa tidak ada suara dan kata yang mampu
terucap, namun kelihatan wajahnya nampak tenang dan damai menceritakan semula.
Tiba-tiba air matanya mengalir begitu saja tanpa terasa. Air mata seorang suami
yang mencintai isteri dan anaknya. Tidak ada hidup yang sempurna tanpa ujian
dan dugaan.
Tidak
ada apa yang dapat dibanggakan di awal perjalan kehidupan mereka sebagai suami
isteri, namun kemudian kehidupan mereka telah berubah apabila suami mula
mencapai kejayaan di dalam kerjayanya. ALLAH telah memberikan pelbagai
kemudahan dan nikmat kehidupan. Perkahwinan mereka penuh dengan kebahagiaan.
Kehidupannya terasa semakin lengkap dengan kehamilan isteri tercintanya namun
ALLAH lebih menyayangi bayinya itu.
Putra
pertamanya, hanya mampu bertahan selama 24 jam berjuang untuk hidup. Kejadian
itu benar-benar membuat kehidupannya menjadi hampa dan terasa sesak untuk
bernafas dan membuat hatinya menjadi begitu perit. Selama berbulan-bulan beliau
mengurung diri meratapi dan mengingati buah hatinya yang telah pergi. Sungguh
tak diduga kerana kehilangan itu terjadi ketika kerjayanya berada di puncak
kejayaan.
Kejadian
itu benar-benar menguji keimanannya bahkan kadang-kadang menggugat penuh
keimanannya kepada ALLAH SWT, sampai terlintas dihatinya,
'Kenapa
ALLAH tidak adil pada kami?' katanya.
Tidak
hanya disitu, ujian kedua datang lagi untuk mengoncang keimanannya. Kali ini
ujian datang dan menimpa isterinya. Isterinya telah diserang dengan penyakit
pada rahimnya. Doktor telah mengesahkan isterinya berisiko tinggi untuk hamil
lagi. Sebagai suami berita ini membuatnya sangat pilu dan sedih. Disebalik
kesedihan ini, tiba-tiba dia teringat bagaimana masa2 indah yang dilalui berdua
bersama. Apabila tersedar daripada lamunan, dia begitu khuatir dengan keadaan
yang telah menimpa isterinya.
Kemudian
dia tertekad untuk lebih bersungguh-sunguh bermunajat dan bertawakal kepada
ALLAH. Siang dan malam tanpa henti-henti dia sentiasa berdoa agar isteri
tercinta kembali sembuh. Sungguh menakjubkan, ternyata penyakit isterinya
beransur sembuh tanpa sebarang pembedahan dilakukan.
Satu
hari dia dikejutkan dengan berita yang sungguh gembira. Isterinya telah
mengalami kehamilan untuk kali yang kedua. Kini kehidupannya kembali terasa
bahagia dengan menanti masa untuk kelahiran anak yang bakal menghiasi keindahan
kehidupannya. Dia kini menanti dengan penuh kesyukuran anugerah yang telah
diberikan oleh ALLAH SWT.
Dua
dugaan hidup yang begitu berat banyak menyedarkannya agar semakin mendekatkan
diri kepada ALLAH SWT. Ditambah lagi dengan kehadiran buah hati, seolah-olah
dia telah diberikan anugerah yang sangat indah. Disaat dia melihat isteri dan
buah hatinya tertidur nyenyak, kesejukan hatinya dipenuhi dengan rasa penuh
kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana telah menanamkan perasaan cinta dan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Tanpa
disedari, air matanya mula mengalir mengenangkan keindahan kejadian Tuhan. Air
mata kasih sayang seorang suami yang mencintai dengan setulus hati isteri dan
anaknya. Limpahan kasih sayang ALLAH SWT menjadikan kebahagiaan dan
ketenteraman di dalam keluarganya.
"Apabila
seorang suami memandang istrinya dengan kasih sayang & istrinyapun
memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan
kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa
keduanya berguguran dari celah jari tangan keduanyanya." - Hadis riwayat
ar Rafi'i.
Ayat Kursi Sebagai Pendinding
Assalamualaikum... Ayat Al-Quran adalah senjata dan ubat segala penyakit. Insya Allah sentiasa dekat denganNya... Moga hidup kita lebih tenang dan ceria dalam melalui hari-hari kehidupan seharian kita...
Sumber:- https://www.facebook.com/anugerahquran
Anda boleh mengamalkan ayat kursi sebagai pendinding untuk melindungi kediaman dan harta anda. Kaedah ini diambil dari salah seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayyub al-Ansari r.a.
Kaedahnya ialah :-
1) Mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah.
2) Hadapkan badan ke pintu utama rumah sambil membaca Ayat Kursi dengan 9 waqaf (tempat berhenti), selepas itu mula keliling dari sebelah kanan rumah.
3) Lakukan sebanyak mana yang mungkin dalam bilangan pusingan ganjil (1, 3, 5, atau 7). Bilangan maksimum adalah 7. Cukup sekali sekiranya kawasan rumah adalah sangat luas.
4) Perlu terus membaca Ayat Kursi semasa berjalan mengelilingi rumah sehingga habis pusingan dengan niat untuk melindungi kediaman.
5) Jika anda ingin meletakkan pendinding untuk kenderaan dengan Ayat Kursi, bacaAyat Kursi dengan bermula daripada sebelah kanan kenderaan.
6) Jika anda ingin memagari dusun atau kebun, baca Ayat Kursi dengan niat untuk memagari dengan hanya berdiri di tengah-tengah dusun itu.
# Perlu diingatkan, penggunaan tangkal, azimat, wafak dan seumpama dengannya untuk tujuan pendinding dan pertahanan diri adalah ditegah sama sekali. Kita memohon kepada Allah semata-mata
Amalan dengan menggunakan ayat-ayat Quran adalah wasilah untuk mencapai keinginan dan sudah semestinya kita dianjurkan berbuat demikian.
Mudah-mudahan Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara yang boleh membatalkan iman dan kekufuran. Yang terbaik hanya dari Allah. Selamat beramal...
## Jika rumah teres atau pangsa, anda boleh membacanya sekadar berdiri di depan rumah dengan berniat untuk memagar kawasan rumah...

Munajat Ramadhan
Assalamualaikum... Jom aminkan doa ini...
Sumber:- Whattsap : Md Fadli Ishak (1:15AM / 1 JULY 2014)
Doa dlm Program Bangi Perdana mlm tadi.
Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu.
Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat
tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa.
Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis
Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri.
Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita,
semua.
Di bawah doanya;
MUNAJAT
RAMADHAN…
Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg
kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… Semoga
Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha
Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah
yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap
kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah… Takdirkanlah yg baik2 utk diri
kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui... Bukakanlah
pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil…
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik… Supaya dgnnya kami dpt
beribadah kpdMu. Ya Allah… Ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk
dosa kpdMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila
ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg
kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih
dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula
mengingatiMu tika usia sdh tua... Justeru ya Allah... Ampunilah semua dosa kami…
Berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa
mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami... Setiap titik susu ibu yg
mgalir dlm diri kami... kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke
syurgaMu ya Allah... Ya Rahman... Pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah
kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami... Kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa
ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami
membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan
kami berada dlm kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kpd kedua
ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…
Ya Allah…
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan
guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… Golongkanlah
mereka dlm org2 kau redhai… Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU… Maka
Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2… Dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah Ya Azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram… Hiasilah hati
kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau
jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka
buruk dan khianah.
Ya Rashid… Ya Rahman… Ya Rahim...
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau
bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg
bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn
kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan
cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan
sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah… Agar dapat beribadah bsama kami.
Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani
mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti… Sesungguhnya
Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak… Ya fattahu Ya Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. Dan jdkanlah dgn
rezeki itu kami semakin dekat dgnMu… Sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol
yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.
Ya Allah…
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah
urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan
akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya... Jdkanlah
kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah
kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami
ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang...
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya
Allah… Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami
dgn Ramadhan yg akn dtg… Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami,
jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling
bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha
serta kasih sayangmu ya Allah… Jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2
kami… Ya Allah… Temukanlah kami dgn lailatul qadr… Pilihlah kami dikalangan
hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr… Ya Allah… Terimalah amalan kami…
Terimalah taubah kami… Ampunkanlah segala dosa kami... Amankanlah kehidupan
kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha
luas nikmatnya…Salam Ramadhan
Assalamualaikum dan rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua yang beragama Islam...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)