Assalamualaikum... Lagi tentang mandi wajib... Jangan pandang mudah...
MANDI WAJIB
| Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab
ni...
Assalamualaikum, Berkongsi
sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi
wajib yg betul… Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi
jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak
sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk
melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan
hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti
dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong
Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji
Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai
bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak
umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi
wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau
ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi
wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan
oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi
wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau” Sahaja aku mandi
wajib kerana Allah Taala.”
Niat
itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
”Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ”Sahaja aku mengangkat hadas nifas
kerana Allah Taala”.
Niat
itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah
membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan
air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai
rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,
menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,
najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis
dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara
rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang
zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang
jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya
tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2
dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi
sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai
kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke
badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang
kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang
rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika
rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib
seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan
pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna
pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya
tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah
kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke
rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi
dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.
Dalam
hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib
seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak
mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai
sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan
iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu
keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Mandi
wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air
telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang
bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi
diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas
bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi
wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1
- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2
- Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3
- Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir
tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta
Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah
kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4
- Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5
- Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.
6
- Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita
akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia
13. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu…
1
- Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2
- Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam
kubur.
3
- Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam
kubur.
4
- Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5
- Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6
- I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur.
7
- Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8
- Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9
- Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10
- Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar
& Nankir di dalam kubur.
11
- Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12
- Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13
- Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari
Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda : “Senarai di atas adalah
salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram
sekali iaitu ”FRIDAY the 13th” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa’at kepada manusia lain…
Wanita Permata HATI