Saturday, December 28, 2013

Meraih Redha Suami...

Assalamualaikum... Ini ada sedikit perkongsian tentang REDHA suami... Wahai teman-teman sekalian, ambillah ilmu dari perkongsian ini agar kita semua mendapat keredhaan suami kita dan keredhaan Allah.









10 Pesanan Imam Shafie

Assalamualaikum... Jom hayati 10 pesanan dari Imam Shafie... Moga kita semua beroleh manafaat dan kebaikan dari ilmu perkongsian ini... Amin...

Sumber :- https://www.facebook.com/dhjah

10 PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shafi'e wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya.
Berikut adalah kandungan wasiat tersebut ;-

" Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara :-

1 - Hak Kepada Diri : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2 - Hak Kepada Malaikat Maut : Mengqada'kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3 - Hak Kepada Kubur : Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan  solat tahajjut dan membantuorang yang dizalimi.

4 - Hak Kepada Mungkar Nangkir : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 - Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Qiamat) : Menahan kemarahan, banyakkan berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulihatan.

6 - Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merintangi Neraka Pada Hari Qiamat) : Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7 - Hak Kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) : Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi-sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8 - Hak Kepada Ridhzuan (Malaikat Penjaga Syurga) : Merasa redha kepada qahda' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9 - Hak Kepada Nabi Muhammad : Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al Sunnah (Hadith), memyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

10 - Hak Kepada ALLAH s.w.t : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

" Jadikanlah iman dan taqwa sebagai pakaian kita di dunia agar, pakaian dari syurga yang membaluti kita di akhirat kelak.."
" Sesungguhnya ALLAH itu Maha Melihat dan tidak pernah tidur walau sedetik pun. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun."
" Semoga kita berada di dalam golongan hamba-Nya yang tidak pernah alpa mengingati-Nya..."

Doa Untuk Suami Isteri Sentiasa Bahagia

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian ilmu untuk pasangan suami isteri... Doa atau ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk kesejahteraan rumahtangga kita agar terus bahagia.


Anda boleh amalkan doa ini untuk mengubah perangai suami atau isteri ke arah kebaikan.

Cara-caranya ialah :-

1 - Baca surah Yusuf ayat 4 sebanyak 3 kali ketika pasangan sedang tidur. Lebih-lebih lagi jika dia baru mula tidur. Tiupkan pada mukanya supaya apabila dia menatik nafas, hembusan anda akan disedut olehnya.

2 - Baca juga doa ini ketika menyediakan air minuman untuknya. Tiup ke air sebelum berikan kepadanya untuk minum. 

3 -  Amalkan selalu sehingga menampakkan kesan. InSya Allah...


Baca doa ini untuk menguatkan hubungan di antara suami dan isteri. Untuk mendapatkan kesan yang baik, amalkan selalu dengan membaca di hadapannya.

Tidak perlu membaca dengan kuat, cukup sekadar baca di dalam hati. wallahu'aklam.


Anda boleh baca doa ini supaya dikasihi oleh orang ramai:

Baca selawat 3 kali semasa membasuh muka sebaik sahaja bangun dari tidur. Boleh juga diamalkan pada bila-bila masa. InSya Allah...


Peringatan Untuk Wanita.

Assalamualaikum... Hari ini nak kongsi sikit ilmu khas untu wanita-wanita dan peringatan untuk diri sendiri terutamanya... Ngeri bila membayangkan betapa ramainya wanita yang menjadi ahli neraka. Ayuh kawan-kawan, sementara masih diberi kesempatan dan nyawa ini, marilah kita sama-sama memperbaiki segala kekurangan diri... Moga kita semua beroleh manafaat dari info ini dan berubah ke arah yang lebih baik dan mendapat keredhaan Ilahi... :)



KHAS UNTUK WANITA
ASTARGFIRULLAHALAZIM, YA ALLAH PERINGATAN KEPADA WANITA!!!

Pinjam 5 minit jew... (Tolong ingatkan kepada kaum wanita yang anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." 

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
 "Aku lihat ada perempuandigantung rambutnya, otaknya mendidih. 
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. 
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking. 
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. 
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. 
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. 
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. 
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw. 
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?" 

* Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. 
Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 
Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. 
Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. 
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub. 
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 
Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." 

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. 

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan: 
1. Biarkan info ini tetap dalam page/grup ini. 
2. Share info ini ke sejumlah orang yang Anda kenal dan Insha Allah redha n ade gnjran pahalanya, Subhanallah !!! subhanallah .. 



Monday, November 25, 2013

Doa Kecantikan Dan Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum... Lagi Ilmu yang berguna untuk perkongsian hari ini... Benda yang baik tak salah kita cuba dalam kehidupan ini... Moga rumahtangga kita semua beroleh keberkatan dan diredhai Allah sentiasa... Amin...


Sumber :- https://www.facebook.com/RumahtanggaBahagiaSelamanya

Untuk Mereka Yang Bergelar I S T E R I ...

Assalamualaikum... Ni lagi info saya saya simpan. Takut hilang, jadi kongsi kat blog ni senang nak lihat dan baca. Moga kita semua diberkati Allah dan menjadi isteri yang SOLEHAH... Amin...



Untuk Mereka Yang Bergelar I S T E R I ...

8 Keistimewaan Yang Allah Berikan Kepada Wanita Setelah Bergelar ISTERI.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Bertuahnya kita sebagai seorang wanita yang bergelar Isteri. Begitu besar ni'mat yang Allah berikan kepada kita. Terima kasih ya Allah kerana memberi penghargaan kepada kami sedemikian rupa. Jadikanlah kami isteri yang solehah kepada suami, dan ibu yang mithali kepada zuriat kami dan tak lupa juga hamba yang taat kepada perintah-Mu, wahai Robbul Izzati 'Arsyil 'Azim... Amiiin...



Rujukan Lain :- 

Dr Hamid Arshat - Makanan Untuk Subur Dan Lepas Bedah.

Assalamualaikum... Lagi perkongsian... Jumpa di FB Soal Jawab Ibu Hamil. Apa yang baik, kita jadikan ikutan. Rasanya tak salah kita panjangkan ilmu2 sebegini. Nak terima boleh, tak nak terima pun boleh. Saya kongsi kat blog saya ni pun untuk kegunaan dan peringatan diri sendiri... Ambil info yang kita rasa perlu... Tepuk dada tanya hati...


Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil/posts/432823346845802

JUST FOR SHARING

Dr Hamid Arshat : - Makanan Untuk Subur Dan Lepas Bedah.

1 - Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2 -  Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit, banyakkan berzikir dan baca quran 4-5 muka sehari.

Kurangkan pendedahan kepada toksin - Jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3 - Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - Donut, kueh mueh, ice krim, chocolate dll. Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol dan kotak.

4 - Makan 70% bahan mentah dan segar, iaitu buah-buahan dan sayur sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai, dragon fruit dll.

Saya galakkan makan ulam-ulaman, sayur-sayuran bayam, bendi, terong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5 - Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air, jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.

6 - Esok untuk sarapan pagi, kacau dan minum satu gelas jus. Lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
Makan roti whole meal dan brown rice.

7 -  Makanan selingan (tea dan coffee break) - Jauhkan makanan bergula dan karbohedrat.

Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8 -  Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur.

Makan seetul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohyrate.

9 - Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar Apple vineger atau satu sudu.

Masak sup sayur kobis, karot, broccol dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10 - Supplemen yang perlu untuk mempercepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makam juga goji beri, lain-lain jenis berries. spirulina, rumpai laut...

Rujukan Lain :-
# https://www.facebook.com/hamidarshat45/posts/543663185687718
http://hamidarshat6.blogspot.com/2013/10/makanan-untuk-subur-dan-lepas-bedah_3.html

Doa Wanita Ketika Datang Haid Dan Nifas

Assalamualaikum... Hari ini terjumpa satu doa. Doa yang elok dibaca oleh wanita yang haid atau nifas. Moga sama-sama kita beroleh kebaikan dari ilmu ini... Perkongsian untuk diri sendiri juga...


Sumber:- http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/08/03/doa-wanita-ketika-datang-haid/

Saturday, November 16, 2013

Selamat Ulang Tahun Sayang ~Setulus Hati Ku Mencintai Mu~

Selamat Ulang Tahun Sayang... Happy Anyversary ke-9. Moga kasih sayang kita terus mekar dan berkembang hingga ke Jannah. Hubbyku... Nik Mohd Asnan Nik Mohd Anuar.


~Setulus Hati Ku Mencintai Mu~

Jika aku memandang langit
mengharapkan bayangan wajahmu
terurai dalam goresan sendu
kerana disini aku begitu merindumu.

Diantara senandung langkah bumi
aku menantikan langkahmu di depan pintu hatiku
Diselimut awan putih itu
kugantungkan cinta suciku
Bilakah engkau akan bersamaku
mengarungi satu cerita dalam lautan cintaku??
Bersama rambulan ku akan menjemput malammu
dengan sejuknya jiwamu….

Bila aku bukan pilihan terbaikmu
biarkan aku mencintamu dengan segenap jiwaku
Bila aku bukan pilihan hatimu
biarlah aku mendampingimu selamanya
Biarkan aku
menjadi bagian kecil di sudut hatimu….
Biarkan….
Kerana aku hanya bersamamu
seumur hidupku….







AIRMATA  SAKSI  CINTAKU
(LESTARI )

Tak dapat nak ku gambarkan sayang
Betapa kuat cintaku ini
Hanya tuhan saja yang tahu
Niatku yang suci
Ingin terus hidup bahagia denganmu

Dari hari ke hari ku rasa
Kasih sayangku semakin dalam
Tak pernah ku benci padamu
Walaupun hatiku pernah dilukai

Chorus
Jangan kau pergi meninggalkan aku
Tak sanggupku berpisah denganmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
Dimana tempat nak ku bermanja

Demi tuhan ku sayang padamu
Airmata menjadi saksinya
Bagaimana lagi hendak ku buktikan
Kesetiaannya cintaku ini

Apa lagi yang kau mahu
Tak cukupkah pengorbananku
Semoga kau mengerti perasaanku
Betapa ikhlasnya cintaku

Bila hatiku sudah sayang
Bukan mudah nak ku lupakan
Biar pun pedih dugaan
Rela ku hadapi sayang

Cinta lahir dari lubuk hati
Bukan sengaja di paksa-paksa
Sekali bilaku jatuh cinta
Oh selamanya aku ingin bersamamu sayang.


Friday, November 15, 2013

Salam Jumaat...

Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua. Penghulu segala hari. Ambillah kesempatan dan kelebihan Jumaat ini dengan sebaiknya. Bagi kaum lelaki eloklah bersiap dan datang awal ke masjid. Kalau boleh berlumba-lumba lah untuk berada di saf paling depan. (Peringatan juga untuk suami tercinta : Nik Mohd Asnan).

Banyakk kelebihan yang kita perolehi dihari Jumaat ini. Rebutlah seolah-olah ia adalah jumaat terakhir untuk kita. Bagi negeri-negeri yang telah diberi cuti pada hari Jumaat, bersyukurlah.








Wednesday, November 13, 2013

Puasa Sunat 9 Dan 10 Muharram

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Selamat berpuasa bagi yang berpuasa dan tiada "Keuzuran". Rasa sayu hati bila tak dapat joint. Tapi kena terima, anugerah yang Allah beri... Itulah lumrah seorang wanita... Zikir je la peneman ketika ini...






Rezeki Allah Itu Luas

Assalamualaikum... Rezeki Allah itu luas... Kita sebagai manusia usah pertikaikan hak masing2. Usahlah terlalu ramah dan menjaga hal atau masalah orang lain jikalau niat kita tak betul. Kalau betul kita sayang atau kita kisah tentang masalah teman, sahabat atau sekeliling kita, usahlah ditambah derita mereka dengan pertanyaan dan persoalan yang tiada jawapan dari mereka melainkan Allah. Cukuplah kita doakan kebahagiaan mereka tanpa perlu dihebohkan pada sesiapa. Allah Lebih tahu segala-galanya. In Syaa Allah jika kita doakan untuk orang lain, pasti Allah akan membalas kebaikan kita. Fikir-fikirkan dan Selamat Beramal...



Sumber:- https://www.facebook.com/ustazmohdizharariff

Tazkirah : Rezeki Allah Itu Luas

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kereta yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia kerana dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

Pinjam 1 minit, baca ayat ini...

"Hasbi Rabbi Jalallah...
Maafi Qalbi Ghairullah...
Nur Muhammad Salallah...
Laa ilaa ha ilallah (3x)
Muhammadur Rasulullah"

... Sebarkan kepada kawan & sedara mara... Awak akan membuat beribu, malah berjuta-juta orang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...

6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Assalamualaikum semua... Moga hari ini lebih baik dari semalam....



Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1 - Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2 - Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3 - Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4 - Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5 - Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6 - Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Saturday, October 26, 2013

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suami?

Assalamualaikum... Wahai suami rajin-rajinla peluk isteri anda. Pelukan bukan sekadar merapatkan lagi hubungan suami isteri malah membuatkan isteri rasa bahagia dan dihargai... Susah sangat ke nak peluk? Ke malu? Lelaki yang sentiasa memeluk isteri terutama ketika ingin pergi kerja atau mahu tidur ke, pasti lelaki ini akan disayangi isteri "lelaki romantik"... Takkan isteri nak kena mintak dulu baru nak peluk... Faham-faham sendiri la kan... :)





KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

# Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

# Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

# Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

# Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

# Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

# Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami...

1 - Peluklah isteri
2 - Belai lembut rambutnya
3 - Sentuh wajahnya
4 - Gosok lembut lengannya
5 - Kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6 - Gosok lembut punggungnya
7 - Sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak. 

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Credit : Dr. Amirul Amin

BY: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim