Monday, November 25, 2013

Untuk Mereka Yang Bergelar I S T E R I ...

Assalamualaikum... Ni lagi info saya saya simpan. Takut hilang, jadi kongsi kat blog ni senang nak lihat dan baca. Moga kita semua diberkati Allah dan menjadi isteri yang SOLEHAH... Amin...



Untuk Mereka Yang Bergelar I S T E R I ...

8 Keistimewaan Yang Allah Berikan Kepada Wanita Setelah Bergelar ISTERI.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Bertuahnya kita sebagai seorang wanita yang bergelar Isteri. Begitu besar ni'mat yang Allah berikan kepada kita. Terima kasih ya Allah kerana memberi penghargaan kepada kami sedemikian rupa. Jadikanlah kami isteri yang solehah kepada suami, dan ibu yang mithali kepada zuriat kami dan tak lupa juga hamba yang taat kepada perintah-Mu, wahai Robbul Izzati 'Arsyil 'Azim... Amiiin...



Rujukan Lain :- 

No comments:

Post a Comment