Monday, November 25, 2013

Dr Hamid Arshat - Makanan Untuk Subur Dan Lepas Bedah.

Assalamualaikum... Lagi perkongsian... Jumpa di FB Soal Jawab Ibu Hamil. Apa yang baik, kita jadikan ikutan. Rasanya tak salah kita panjangkan ilmu2 sebegini. Nak terima boleh, tak nak terima pun boleh. Saya kongsi kat blog saya ni pun untuk kegunaan dan peringatan diri sendiri... Ambil info yang kita rasa perlu... Tepuk dada tanya hati...


Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil/posts/432823346845802

JUST FOR SHARING

Dr Hamid Arshat : - Makanan Untuk Subur Dan Lepas Bedah.

1 - Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2 -  Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit, banyakkan berzikir dan baca quran 4-5 muka sehari.

Kurangkan pendedahan kepada toksin - Jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3 - Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - Donut, kueh mueh, ice krim, chocolate dll. Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol dan kotak.

4 - Makan 70% bahan mentah dan segar, iaitu buah-buahan dan sayur sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai, dragon fruit dll.

Saya galakkan makan ulam-ulaman, sayur-sayuran bayam, bendi, terong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5 - Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air, jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.

6 - Esok untuk sarapan pagi, kacau dan minum satu gelas jus. Lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
Makan roti whole meal dan brown rice.

7 -  Makanan selingan (tea dan coffee break) - Jauhkan makanan bergula dan karbohedrat.

Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8 -  Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur.

Makan seetul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis carbohyrate.

9 - Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar Apple vineger atau satu sudu.

Masak sup sayur kobis, karot, broccol dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10 - Supplemen yang perlu untuk mempercepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makam juga goji beri, lain-lain jenis berries. spirulina, rumpai laut...

Rujukan Lain :-
# https://www.facebook.com/hamidarshat45/posts/543663185687718
http://hamidarshat6.blogspot.com/2013/10/makanan-untuk-subur-dan-lepas-bedah_3.html

No comments:

Post a Comment