Wednesday, November 13, 2013

Rezeki Allah Itu Luas

Assalamualaikum... Rezeki Allah itu luas... Kita sebagai manusia usah pertikaikan hak masing2. Usahlah terlalu ramah dan menjaga hal atau masalah orang lain jikalau niat kita tak betul. Kalau betul kita sayang atau kita kisah tentang masalah teman, sahabat atau sekeliling kita, usahlah ditambah derita mereka dengan pertanyaan dan persoalan yang tiada jawapan dari mereka melainkan Allah. Cukuplah kita doakan kebahagiaan mereka tanpa perlu dihebohkan pada sesiapa. Allah Lebih tahu segala-galanya. In Syaa Allah jika kita doakan untuk orang lain, pasti Allah akan membalas kebaikan kita. Fikir-fikirkan dan Selamat Beramal...



Sumber:- https://www.facebook.com/ustazmohdizharariff

Tazkirah : Rezeki Allah Itu Luas

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kereta yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia kerana dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

Pinjam 1 minit, baca ayat ini...

"Hasbi Rabbi Jalallah...
Maafi Qalbi Ghairullah...
Nur Muhammad Salallah...
Laa ilaa ha ilallah (3x)
Muhammadur Rasulullah"

... Sebarkan kepada kawan & sedara mara... Awak akan membuat beribu, malah berjuta-juta orang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W...

No comments:

Post a Comment