Saturday, October 26, 2013

Setiap Orang Akan Menghadapi Ujian.

Assalamualaikum... Sabarlah duhai hati, terimalah setiap kedukaan dan ujian dengan ikhlas. Insya Allah jika bukan didunia, di "Sana" kita akan bahagia. Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah untuk Menyedarkan kita Agar tidak lupa solat dan berdoa padanya...



Sumber:- https://www.facebook.com/ustazmohdizharariff?hc_location=stream

Pada hari ini pelbagai ujian yang kita hadapi, setiap orang akan menghadapi ujian yang berjenis-jenis dan pelik-pelik… Didalam kita sedang menghadapi kemerosotan kewangan, disaat itulah jugak kereta, mesin basuh, peti ais dan pelbagai lagi yang nak rosak… Disaat kita sedang seronok dan bahagia dengan orang yang kita sayangi tiba-tiba saat itu jugak ujian penyakit dan adanya yang meninggal dunia. Terasa berat sungguh ujian yang kita hadapi.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… 
(Al-Baqarah: 286).

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214).

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2).

Wallahuaklam

By; Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff

No comments:

Post a Comment