Saturday, October 26, 2013

Cara Mengatasi Stress

Assalamualaikum... Lamanya tak bersiaran hehehe... line sekarang teruk sangat... Ok, kali ni nak kongsi sikit info tentang stress. Ya kita sebagai manusia yang normal dimuka bumi Allah ini tak dapat mengelak dari ujian dan tekanan. Setiap manusia akan diuji untuk menunjukkan bagaimana Allah sayang dan cintanya Dia kepada kita. Bezanya cuma bagaimana kita semua menghadapi dan mengatasi setiap tekanan dan ujian yang kita terima....



CARA2 MENGATASI STRESS

Stress/tekanan/tension samaada mental, emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan. Banyak situasi dalam kehidupan kita, dirumah, dipejabat, dijalan raya dan lain2 menimbulkan stress atau ketegangan. Tetapi tidak kesemua situasi stress itu buruk; kadang2 kita memerlukan kepada situasi begini untuk menggerakan kita berusaha, berfikir, mengatur rancaangan dan strategi dan akhirnya menjana kejayaan. Hidup kita penuh cabaran dan cubaan yang munkin menghasilkan situasi penuh stress.

Apa yang penting bagaimana kita menguruskan atau menangkis stress.
Berkaitan dengan isyu kesuburan stress bolih mengganggu dengan beberapa cara.


1 - Ia boleh melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2 - Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3 - Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4 - Saluran fallopio bolih jadi kuncuk dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5 - Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.

CARA2 MENGATASI STRESS

1 - Berzikir mengingati Allah atau meditation
Berbagai jenis teknik relaxation bolih dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.

2 - Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan2. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3 - Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual2 kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal2 yang bolih merungsingkan fikiran, Cari cerita2 yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4 - Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress, mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5 - Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6 - Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. 'laughter is the best medicine'.

7 - Berjalan, jogging atau berlari di taman2/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok2, daun2 hijau dan bunga2 yang indah berwana warni dang haryum baunya jadi penawar hati yang tertekan.

Tenang fikiran boleh meningkatkan kesuburan. Ketika buat riadah, yoga, breathing exercise dll juga amalkan zikir dan tasbih, insya Allah doa kita akan diperkenankan dan dimakbulkan.

No comments:

Post a Comment