Saturday, October 26, 2013

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suami?

Assalamualaikum... Wahai suami rajin-rajinla peluk isteri anda. Pelukan bukan sekadar merapatkan lagi hubungan suami isteri malah membuatkan isteri rasa bahagia dan dihargai... Susah sangat ke nak peluk? Ke malu? Lelaki yang sentiasa memeluk isteri terutama ketika ingin pergi kerja atau mahu tidur ke, pasti lelaki ini akan disayangi isteri "lelaki romantik"... Takkan isteri nak kena mintak dulu baru nak peluk... Faham-faham sendiri la kan... :)





KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

# Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

# Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

# Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

# Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

# Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

# Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami...

1 - Peluklah isteri
2 - Belai lembut rambutnya
3 - Sentuh wajahnya
4 - Gosok lembut lengannya
5 - Kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6 - Gosok lembut punggungnya
7 - Sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak. 

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Credit : Dr. Amirul Amin

BY: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim 

Kelebihan Minum Air Masak

Assalamualaikum... Air masak??? Nampak biasa je kan tapi rupanya banyak kelebihannya kepada tubuh badan kita...


Sumber:- https://www.facebook.com/bukuresepi

Kelebihan Minum Air Masak:

1- Menguruskan Badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini  ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2 - Meningkatkan Kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3 - Melancarkan Sistem Pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapasn gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4 - Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat Yang Menyebabkan Kanser.
Air putihbukan sahaja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser, malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5 - Perawatan Kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air. Sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6 - Tubuh Lebih Segar Dan Sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh sahaja. Tetapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila kita tidak makan beberapa hari, namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7 - Menyihatkan Jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubahan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8 - Ubat Kepada Penyakit Strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Setiap Orang Akan Menghadapi Ujian.

Assalamualaikum... Sabarlah duhai hati, terimalah setiap kedukaan dan ujian dengan ikhlas. Insya Allah jika bukan didunia, di "Sana" kita akan bahagia. Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah untuk Menyedarkan kita Agar tidak lupa solat dan berdoa padanya...



Sumber:- https://www.facebook.com/ustazmohdizharariff?hc_location=stream

Pada hari ini pelbagai ujian yang kita hadapi, setiap orang akan menghadapi ujian yang berjenis-jenis dan pelik-pelik… Didalam kita sedang menghadapi kemerosotan kewangan, disaat itulah jugak kereta, mesin basuh, peti ais dan pelbagai lagi yang nak rosak… Disaat kita sedang seronok dan bahagia dengan orang yang kita sayangi tiba-tiba saat itu jugak ujian penyakit dan adanya yang meninggal dunia. Terasa berat sungguh ujian yang kita hadapi.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… 
(Al-Baqarah: 286).

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214).

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2).

Wallahuaklam

By; Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff

Cara Mengatasi Stress

Assalamualaikum... Lamanya tak bersiaran hehehe... line sekarang teruk sangat... Ok, kali ni nak kongsi sikit info tentang stress. Ya kita sebagai manusia yang normal dimuka bumi Allah ini tak dapat mengelak dari ujian dan tekanan. Setiap manusia akan diuji untuk menunjukkan bagaimana Allah sayang dan cintanya Dia kepada kita. Bezanya cuma bagaimana kita semua menghadapi dan mengatasi setiap tekanan dan ujian yang kita terima....



CARA2 MENGATASI STRESS

Stress/tekanan/tension samaada mental, emosi atau fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau perempuan. Banyak situasi dalam kehidupan kita, dirumah, dipejabat, dijalan raya dan lain2 menimbulkan stress atau ketegangan. Tetapi tidak kesemua situasi stress itu buruk; kadang2 kita memerlukan kepada situasi begini untuk menggerakan kita berusaha, berfikir, mengatur rancaangan dan strategi dan akhirnya menjana kejayaan. Hidup kita penuh cabaran dan cubaan yang munkin menghasilkan situasi penuh stress.

Apa yang penting bagaimana kita menguruskan atau menangkis stress.
Berkaitan dengan isyu kesuburan stress bolih mengganggu dengan beberapa cara.


1 - Ia boleh melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.

2 - Stress mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.

3 - Mengganggu hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.

4 - Saluran fallopio bolih jadi kuncuk dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.

5 - Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam kedinding rahim/implantation.

CARA2 MENGATASI STRESS

1 - Berzikir mengingati Allah atau meditation
Berbagai jenis teknik relaxation bolih dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.

2 - Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan2. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3 - Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual2 kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal2 yang bolih merungsingkan fikiran, Cari cerita2 yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4 - Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress, mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5 - Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6 - Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. 'laughter is the best medicine'.

7 - Berjalan, jogging atau berlari di taman2/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok2, daun2 hijau dan bunga2 yang indah berwana warni dang haryum baunya jadi penawar hati yang tertekan.

Tenang fikiran boleh meningkatkan kesuburan. Ketika buat riadah, yoga, breathing exercise dll juga amalkan zikir dan tasbih, insya Allah doa kita akan diperkenankan dan dimakbulkan.