Thursday, March 7, 2013

Menangkis Santau Pelaris / Santau Dalam Makanan

Assalamualaikum... Ini sikit perkongsian tentang santau pelaris...





Sumber:- http://www.anamarzablog.com/2012/07/doa-menangkis-santau-pelaris-santau.html

Doa menangkis santau pelaris / santau dalam makanan

Zaman sekrang ni masih ada kedai makan yang menggunakan santau / sihir pelaris untuk menarik pelanggan agar sentiasa berkunjung ke kedainya.

Bagaimana nak tahu ciri-ciri kedai makan yang mengamal kan santau pelaris?

Antara ciri kedai makan yang mungkin mengamalkan santau pelaris ialah :
# pelanggan yang datang makan di kedai makan tersebut luar biasa ramainya
# Menemui serangga (seperti lipas, lalat ulat) atau serpihan kuku, helaian rambut atau bulu (bulu mata atau bulu lainnya)
# Makanan cepat basi
# gerak geri pekerja yang mencurigakan
# Terdapat unsur mistik di dalam kedai/restoran tersebut seperti gantungan azimat, kain kuning atau seumpamanya.
# apabila kita menghampiri atau duduk di dalam kedai tersebut kita merasa berdebar-debar dan tak sedap hati

Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seeloknya kita mengamalkan :
# Membaca Bismillah sebelum melangkah masuk ke kedai dan sebelum makan
# Sekirannya menemui rambut, bulu atau serangga cuba buang dengan menggunakan sudu sambil membaca Ayat 23 dari Surah Al-Furqan.
# Sebaik sahaja makanan atau minuman yang di pesan diletakkan dihadap anda, Baca doa di bawah sebanyak 7 kali

Peringatan : Sekiranya memang terdapat santau pelaris dengan membaca doa di atas pinggan / gelas boleh pecah.

No comments:

Post a Comment