Saturday, April 19, 2014

Ramai Wanita Yang SALAH MANDI WAJIB

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian sebagai ingatan untuk diri saya sendiri... Moga perkongsian ini mendapat keberkatan dan manafaat untuk kita semua...Aminnn..




Ramai Wanita Yang SALAH MANDI WAJIB

(1) Kes 1: Jika melahirkan anak tanpa darah nifas (eg: kadang kala tiada nifas jika melalui operation) wajib mandi wiladah (mandi wajib) dan solat seperti wanita suci pada kadar kemampuannya seperti duduk dan baring. Bukan tunggu 60 hari. Jika tunggu 60 hari, wanita ini berdepan dengan dosa besar iaitu tinggal solat selama 60 hari dan WAJIB QADAR kesemuanya.

## Kes 2: Kalau keluar wiladah tanpa nifas, kena mandi wajib wiladah dulu. tak lama selepas tu, selepas sehari ke dua hari ke, baru keluar nifas, kena mandi wajib lepas habis nifas tu (tempoh nifas maksimum 60 hari).

(2) Wanita yang melahirkan anak beserta darah nifas hanya perlu mandi wajib sekali saja. TIADA istilah mandi dua kali seperti mandi wiladah kemudian mandi nifas <-- Tiada qoul yang tepat mengatakan sedemikian.

Contoh diberi berdasarkan situasi begini seperti yang dijelaskan ulama:

## Sifulan buang air kecil (hadas), kemudian terkentut (hadas), kemudian bersentuhan dengan bukan muhrim (hadas) kemudian pengsan (hadas). Berlaku 4 kali hadas dalam satu masa, cukup sekali wuduk untuk mennunaikan solat, bukan 4 kali wuduk.

(3) Jika wanita mengalami nifas melebihi 60 hari, darah yang keluar selepas 60 hari adalah ISTIHADHAH dan wajib baginya mandi wajib untuk membolehkan solat seperti wanita suci.

(4) Cara mengenal ISTIHADHAH:

a) Untuk mengenal istihadah dalam nifas adalah Selepas 60 hari daripada tempoh nifas

b) Keluar darah kurang daripada sehari semalam (tempoh minimum keluar darah dan dikira haid adalah sehari semalam)

c) Qoul pertama mengatakan 15 hari tempoh haid, selebihnya adalah Istihadhah.

d) Qoul yang kedua mengatakan tempoh haid antara 6-7 hari, selebihnya adalah Istihadhah.

e) Qoul yang ketiga paling senang iaitu melalui kaedah Tamyiz (perbezaan) iaitu RASA, BAU dan WARNA. Kita gunakan situasi wanita mengalami 20 hari keluar darah:

## Contoh Rasa:-
7 hari rasa sakit (dikira haid) 13 hari tidak sakit (istihadhah)

## Contoh Bau:-
7 hari berbau busuk (dikira haid) 13 hari tidak berbau (istihadhah)

## Contoh Warna:-
Warna yang keluar pada mula yang lebih gelap adalah HAID,
Warna yang keluar lebih cerah dari asal adalah ISTIHADHAH.
 
(Contoh: 7 hari darah hitam adalah HAID, 13 hari darah merah gelap adalah ISTIHADHAH. Contoh lain: 7 hari darah merah cerah adalah HAID, 13 hari darah coklat adalah ISTIHADHAH)

@@ Warna ada 5 jenis iaitu HITAM, MERAH PEKAT, MERAH CERAH, COKLAT & KUNING. Mazhab Hanafi lebih satu iaitu HIJAU.

(5) Bagi yang KALI PERTAMA mengalami HAID seawal umur 9 tahun. 
(Guna contoh situasi 20 hari juga)

a) 1 Qoul mengatakan 15 hari adalah haid, 5 hari selebihnya adalah Istihadhah.
b) 1 hari adalah HAID, 19 hari adalah ISTIHADHAH.

(6) Jika mengalami ISTIHADHAH, ada kaedah KHAS untuk BERWUDUK kerana ia tidak sama seperti wuduk wanita yang bebas dari Istihadhah.

1 qoul mengatakan wanita yang mengalami Istihadhah hanya boleh berwuduk selepas masuk waktu apabila azan dikumandangkan. 1 wuduk untuk 1 solat.

a) Adapun jika darahnya keluar terus menerus, apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada farajnya kemudian tampal dan terus berwuduk walaupun darahnya tetap masih mengalir (dimaafkan syarak kerana diluar keupayaan). Kemudian disegerakan solat. Sah 1 solat dengan 1 wuduk.

b) Adapun jika darahnya keluar secara sekejap sekejap dan dia mengetahui bila tempoh darah istihadhah seterusnya akan keluar (contoh berhenti sejam keluar sejam), apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada farajnya dan tidak perlu menampal pad jika tiada darah keluar pada waktu itu, terus berwuduk kemudian disegerakan solat. Dalam tempoh istihadhah tidak keluar, 1 qoul mengatakan boleh solat melebihi sekali (solat fardhu & solat2 sunat yang lain) dalam 1 wuduk selagi tempoh tidak keluar istihadhah seterusnya. Jika keluar, hukumnya menjadi semula seperti contoh diatas.

(7) BAB MANDI WAJIB DARIPADA HAID YANG BIASA.

Cara nak tahu haid itu sudah kering atau habis bukan sekadar tengok pada pad tetapi kena memasukkan secebis kain @ cotton bud ke dalam faraj sedalam/seluas jari (pandangan ulama sepanjang 2 bahagian tulang pada 1 jari). Sebelum memasukkan perca kain atau cotton bud, perlu dibasuh faraj terlebih dahulu kerana khuatir darah2 kering yg melekat di tepian faraj mengelirukan anda ketika memeriksa haid. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis walaupun pada pad sudah tidak keluar, ia masih dalam haid. Jika tiada warna maka segeralah mandi junub/wajib.

Wanita perlu tahu, jika tidak melakukan perkara sebegini, PAD tidak memenuhi kaedah dalam syariat Islamiah untuk mengesan haid yang sudah habis tempoh. Jika hanya percaya pada pad semata-mata, anda BERDEPAN dengan DOSA BESAR yakni meninggalkan solat dengan sengaja. 

P/S: Untuk nombor (4), "c, d dan e" kesemua Qoul boleh digunakan.

Semoga pencerahan ini jelas untuk difahami semua. Sekian dari saya, Listen Listen Original. Ada salah silap tolong tegur.

Rujukan sumber:
Rujukan HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik Bab Haid, Hadis Saidatina Aisyah, Kuliah UAI dan rujukan dari Ustaz2 lain.

No comments:

Post a Comment