Saturday, April 19, 2014

Peluklah Isterimu Di Saat Dia Menangis.

Assalamualaikum... Peluklah isterimu di saat dia menangis. Pelukan kasih sayang adalah ubat yang terbaik untuk wanita dari suaminya... Suami pun kenalah faham, jangan buat tak tau atau "wat dek" je... Fahamilah permintaan naluri isterimu...


Sumber:- https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim

PELUKLAH ISTERIMU DISAAT DIA MENANGIS

# Apabila isteri menangis di hadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluk dia dengan erat. Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah rasa lebih selesa dan damai selain menangis dalam pelukanmu!

# Apabila isteri mengatakan tentang kesalahanmu, tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua kerana dia peduli padamu!

# Apabila isteri sedang susah hati dan mengabaikanmu, jangan ikutinya tidak peduli, ini adalah masa untuk kamu melayannya dengan baik. Buang ego kamu wahai suami.

# Apabila isteri tidak mahu bercakap dan memalingkan tubuhnya meninggalkanmua, kejarlah dia. Jika betul kamu sungguh mencintainya, adakah kamu rela meninggalkannya sendirian?

# Apabila isteri berkata, " Kamu pergi saja, aku tidak mahu bercakap denganmu." Jangan percaya begitu sahaja, mungkin itu hnaya di bibir saja, sedangkan dalam hatinya tidak bermaksud demikian. Sebenarnyaitu adalah saat di mana dia paling memerlukanmu!

# Apabila isteri marah, hatinya dalam keadaan tidak tenang dan tidak mahu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu makan. Belilah makanan kesukaannya, tunggu saat hatinya sejuk sikit dan hulurkan makanan padanya. Jangan memberikan ugutan bahawa kamu juga tidak mahu makan!

Hargai isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamaya!

Kadang-kadang, berkompromi bukanlah bererti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami!

Memaafkan bukan bererti lemah, malinkan sebuah kelembutan dan menghargai!

Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia
Kredit : Abu Huzaifah Mohamed

No comments:

Post a Comment