Kisah Pengajaran : Andai Itu Takdirku…
Ini cerita pasal rakan baik
saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak
student IPTA..muda lagi. Wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni
dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas,
kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....
Masa
cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan
yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk
beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!
Saya
sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife
no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah
sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia
masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4
orang anaknya.
Masa
Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya
tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap
sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal
rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu...saya malas lah nak
bertekak...
Saya
ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah
dia nak berulang alik. Lantaklah...biar Tuhan je balas di atas perbuatan
kejamnya ke atas wife no.1.
Kawan
saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39
tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife
no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator
kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah
jodoh, dia orang kahwin..
Mungkin
sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah
arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade
ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam
dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.
Saya
memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama
wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah...
saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife
saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...
Kat
bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis
pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. ..
"kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai
mampus...jangan lawan cakap papa..."
Tak
boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia
cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa,
tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada
jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi
sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan
saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing
dulu...
-----------------------------------------------------------------------
Maaf.
Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk
menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.
Arwah
baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan
baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan
saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.
Apabila
saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid
arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke
rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital..
.dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3
tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan
2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah
tahu yang dia akan pergi..
Hanya
saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu
di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada
saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...
Saya
masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit
kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang
arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua
beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.
Semasa
di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang
teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya
menangis 2 3 hari ni.
Masa
abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik
rawatan.... Abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong.
Masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan
abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa
menunggu kepulangan suaminya.
Saya
dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah.
Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh
doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis
mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil
kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk mengeluarkan jenazah
dan juga urusan-urusan lain.
Alhamdulilah..
untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu
saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya
diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.
Dalam
pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya
dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.
Suami
arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya
memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan
saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk
marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan
pengebumian sahaja.
Masa
jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada,
tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’
‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya
hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis
juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya
sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu
kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada
rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA. Setiap bulan rakan saya
tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.
Masa
pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk
diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya
merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.
Masa
urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja.
Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu
menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.
Suami
arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke
empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama
mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je
mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya
terpaksa memujuk dengan mengatakan....shhh.. senyap.. senyap sayang...papa
ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan
saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita
semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...
P/S : Kisah benar
untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang
Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada
pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri
dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah
"tak berguna"..
No comments:
Post a Comment