Tuesday, July 23, 2013

Rawatan Alternatif Menggunakan Surah2 Dari Al-Quran

Assalamualaikum... Sedar tak sedar kita sudah masuk pertengahan Ramadhan... Sekejap je masa berlalu. Begitu juga umur kita. Setiap manusia yang hidup akan mengalami ujian hidup yang berbeza. Walau apa pun yang kita alami, hadapinya dengan tenang dan redha...





Rawatan Alternatif Menggunakan Surah2 Dari Al-Quran

Apabila rawatan moden masih tidak berkesan dan gatal kulit berulang juga, insyaAllah Al-quran adalah penawar yang paling baik. Nabi Ayub AS yang diujikan dengan penyakit kulit yang teruk dan dasyat iaitu dari hujung kepala sehinggalah kehujung kaki adalah Nabi yang paling sabar. Nabi Ayub A.S menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.

Al-Quran tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Baca kisah Nabi Ayub A.S.

Bahan-bahan untuk rawatan:
1 - Daun bidara atau daun sireh - 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2 - Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3 - Air suam sebaldi besar (standard).

Surah-Surah yang dibaca:

1 - Shalawat Nabi - 10 kali.
2 - Al-Fatihah - 7x.
3 - Ayatul Kursi - 7x.
4 - Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x - utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5 - Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

DOA DIBACA SEMASA MERAMASKAN DAUN (SIREH ATAU BIDARA).


Maksudnya:
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin). (Surah Shaad: Ayat 42) 

DOA INI DIZIKIRKAN SELEPAS SETIAP KALI SOLAT (100x).


Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Surah Al- Anbiyaa: Ayat 83)

Minum air dan mandi dan gosok seluruh badan dengan air bacaan yang telah dicampur dengan garam dan ramasan daun bidara atau sireh itu. Lakukan disebelah waktu petang. Selepas 30 minit kemudian barulah mandi dengan air biasa. Sekurang-kurangnya lakukan sehingga rasa badan itu kurang gatal. Terpulanglah kepada individu itu untuk melakukan sehingga benar-benar sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah ikhtiar secara ini telah banyak memulihkan beberapa individu sebelum ini.

Isteri captain dahulu diwaktu pagi selalu naik gegata selepas mandi sehingga bengkak dan gatal seluruh badan. Captain hanya sapu dengan daun sireh diseluruh badannya dengan membaca shalawat nabi 3x. Selepas tiga hari dilakukan, gegata itu hilang terus sampai sekarang.

Shalawat Nabi yang memang menjadi amalan captain sebelum melakukan sesuatu perkara seperti membasuh daging, ikan, membasuh beras sehingga pintu yang rosak tidak dapat dibuka kerana "knob" rosak. Baca shalawat sekali tendang pintu itu terus terbuka tanpa merosakkan pintu.
Wasallam.


Petikan Doa :
http://ustazsham.com/doa-ketika-ditimpa-musibah/

No comments:

Post a Comment