Wednesday, May 8, 2013

Cinta Seorang Isteri Terhadap Suaminya.

Assalamualaikum... Jom kongsi ilmu untuk suami isteri... Juga untuk tatapan suami tersayang Nik Mohd Asnan B. Nik Mohd Anuar... Cintaku usah kau ragui... Hargailah kasih sayangku ini... Izikan dan bantulah aku untuk menjadi isterimu yang Solehah...



Jika isteri sikap-sikap seperti di bawah, ia membuktikan bahawa cintanya terhadap suami sungguh mendalam :

1 - Isteri yang mencintai suami dengan sesungguh hati & sebaliknya, biasanya perasaannya tetap & stabil terhadap suami. Perasaan isteri tidak berubah-ubah. Umpamanya minggu ini dia kelihatan sangat mencintai, sedangkan pada masa yg lain, sikapnya berubah. Pasangan juga tidak menuntut sesuatu daripada suami, sebaliknya menerima seadanya, sama seperti ketika baru berkahwin.

2 - Pasangan yang bercinta iaitu suami & isteri saling memberi perhatian khusus sesama mereka. Mereka selalu berbincang, berhumor serta selalu membuat jenaka lucu yang dapat menggembirakan hati. Mereka juga saling mendorong untuk menjaga badan & kesihatan.

3 - Suami & isteri yg saling mencintai akan menunjukkan cinta dengan tingkah laku yg lemah lembut setiap hari. Ini termasuklah saling membantu menyiapkan tugasan peribadi & rumah tangga secara bersama.

4 - Tidak selesa ketika berjauhan. Walaupun ketika berdua-duaan mungkin tidak ada perkara yg ingin dibicarakan tetapi dengan adanya pasangan di sisi, sudah cukup untuk membuatkan hati tenang.

5 - Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta & kasih sayang selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang @ I Love You ataupun memanggil sesamanya nama panggilan yang manja lagi romantik.

6 - Jika seseorang isteri betul-betul mencintai suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya dan begitu juga sebaliknya. Dia juga tidak mengungkapkan kata2 yg menyinggung perasaan pasangan sepert "Awak tidak pandai jaga badan" @ "Awak terlalu gemuk @ kurus" serta ungkapan2 lain yg boleh menyinggung perasaan pasangan.

7 - Pasangan yang saling mencintai akan selalu memberikan pujian yang sesuai, sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.

8 - Suami isteri akan berhubungan & berbicara dengan baik, dan juga wajah berseri2 serta sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk pinggang isteri & pelukan itu disambut baik oleh isteri.

9 - Setiap kejayaan yg dikecap pasangan, selalunya akan mereka rasakan & nikmati bersama. Hal itu misalnya diungkapkan dgn menepuk bahu isteri sambil memeluk & menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

10 - Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong kata-kata pasangan. Dia hanya akan berbicara hanya apabila diminta untuk memberi pendapat.

11 - Suami isteri sanggup menerima kekurangan antara mereka. Isteri yg sangat mencintai suami sanggup menerima hakikat keperibadian si suami serta cara percakapan suami. Dia bukan sekadar mencintai suami lantaran suami pandai mencari harta & wang.

12 - Orang yang saling mencintai tidak akan berahsia sesama mereka. Sebaliknya, mereka selalu berkongsi suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

13 - Pasangan yg bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merosakkan perasaan pasangan. Mereka mengerti perasaan masing2. Misalnya, isteri sedar jika dia bercerita masalah rumah tangga ketika suami sedang letih, akan menimbulkan kemarahan suami.

14 - Sentiasa dapat membaca isi hati pasangan melalui bahasa badan, pancaran mata & nada percakapan. Tanpa bertanya atau berterus terang pun, mereka sudah tahu rasa hati pasangan, sama ada mereka gembira atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment