Wednesday, April 10, 2013

Zikir Untuk Melembutkan Hati Suami

Assalamualaikum... Jom rajinkan diri zikir untuk insan tersayang...


Zikir ini elok diamalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut :

" Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini :

" Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi."


SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN...
SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN...
SETENANG mana seseorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN...

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan hanya LELAKI SEJATI sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya...

No comments:

Post a Comment