Assalamualaikum... Perkongsian tentang Surah Al-Fatihah...
Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil
Misteri Surah Al-Fatihah
1 - Al-Fatihah Baca 14 kali sebelum tidur ~ Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
2 - Al-Fatihah Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian ~ Melepaskan rasa sakit dalamam.
3 - Al-Fatihah Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur ~ Kepada orang berpenyakit mental.
4 - Al-Fatihah Baca 3 kali tiup dalam segelas air ~ Minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit . Sakit yang keterlaluan.
5 - Al-Fatihah Baca 7 kali ~ Baca dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
6 - Al-Fatihah Baca 3 atau 7 kali ~ Gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit (Mulut). Kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
** Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu...
Suka Diingatkan :
~ Bacalah dalam keadaan Khusyuk, Tawakkal kepada Allah dan Niatkan dengan jujur. In Syaa Allah ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semua...
Tuesday, April 30, 2013
Doa Untuk Rawatan Penyakit
Assalamualaikum... Sedikit perkongsian untuk mereka yang di uji dengan penyakit-penyakit... Sebagai salah satu usaha kita... Berhasil atau tidak semuanya dengan restu Allah... Yang penting " Berusaha, Berdoa dan Tawakkal "... Sekurang-kurang usaha dengan cara islam ini akan lebih mendekatkan jiwa kita dengan Allah...
Surah Al-Fatihah Doa Dan Ubat Segala Penyakit / Masalah.
~ Boleh dibaca (41 kali) dan dihembuskan pada air dan minum serta sapu pada tempat yang dideritai / sakit.
Doa Rawatan Untuk Menghentikan Pendarahan...
Cara Rasulullah Meredakan Kesakitan...
Doa Bagi Pesakit Yang Telah Lama Menderita Penyakitnya.
Doa Ketika Tubuh Terasa Sakit.
Doa Supaya Lekas Sembuh.
Doa Rawatan Deman Panas.
Doa Rawatan Untuk Sakit Dalam Perut.
Doa Untuk Menjauhkan Penyakit.
Doa Untuk Menyembuhkan Penyakit Yang Melibatkan Ketumbuhan / Bisul.
Doa Pendinding Penyakit.
Doa Dan Cara Mengubati Sakit Kepala...
Doa Ketika Menderita Sakit Gigi...
Doa Segala Penawar.
Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit.
Surah Al-Fatihah Doa Dan Ubat Segala Penyakit / Masalah.
~ Boleh dibaca (41 kali) dan dihembuskan pada air dan minum serta sapu pada tempat yang dideritai / sakit.
Cara Rasulullah Meredakan Kesakitan...
Doa Bagi Pesakit Yang Telah Lama Menderita Penyakitnya.
Doa Ketika Tubuh Terasa Sakit.
Doa Supaya Lekas Sembuh.
Doa Rawatan Deman Panas.
Doa Rawatan Untuk Sakit Dalam Perut.
Doa Untuk Menjauhkan Penyakit.
Doa Untuk Menyembuhkan Penyakit Yang Melibatkan Ketumbuhan / Bisul.
Doa Pendinding Penyakit.
Doa Dan Cara Mengubati Sakit Kepala...
Doa Ketika Menderita Sakit Gigi...
Doa Ketika Menghadapi Saat Kesulitan...
Doa Segala Penawar.
Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit.
Monday, April 29, 2013
Ujian Dengan "Keguguran"
Ujian demi ujian dikirim oleh Allah melalui malaikatnya untuk memberikan tanda ia menyayangi umatnya yang terpilih.... Moga aku tabah dengan ujian ini.... Pengalaman melalui "Keguguran / Miscarriage"...
Saturday, April 20, 2013
Apa Itu GDM?.
Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Happy-happy kan hidup anda walau sebanyak manapun masalah melanda anda... In Sya Allah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar...
Apa
itu GDM?
Gestational Diabetes Mellitus (Diabetis Semasa Hamil)
Apa
itu Diabetis Semasa Hamil?
Berlaku hanya semasa hamil sahaja disebabkan hormon yang
dikeluarkan oleh uri menganggu keberkesanan insulin. (InsyaAllah pas
bersalin kencing manis ni akan hilang)
Faktor-faktor
Risiko
1 - Berat badan lebih 80kg/ BMI >30
2 - Sejarah keluarga mempunyai kencing manis
3 - Sejarah kandungan lalu mengalami GDM
4 - Umur >25 tahun
5 - Mempunyai sejarah anak mati dalam kandungan, lahir mati
dan keguguran berturutan (lebih 3 kali)
6 - Sejarah berat lahir bayi > 4kg
7 - Air mentuban banyak
8 - Jangkitan disaluran kencing yang berulang
9 - Kehadiran glukos dalam air kencing sebanyak 2 kali
Kesan
Pada Bayi
1 - Meninggal dalam perut
2 - Macrosomia (berat > 4kg)
3 - Bahu tersangkut
4 - Respiratory Distress Syndrome
5 - Jaundis (kuning)
6 - Mengalami kencing manis II di kemudian hari
7 - Lewat perkembangan dan pembesaran
Kesan
Pada Ibu
1 - Peningkatan insiden preklampsia (sawan)
2 - Peningkatan kelahiran dengan kaedah pembedahan
3 - Kecederaan di bahagian salur peranakan
4 - Peningkatan insiden jangkitan saluran kencing (UTI)
5 - Mengalami kencing manis di kemudian hari
Pemeriksaan
MGTT
~
Ibu
hamil tanpa faktor risiko disaring pada 24 minggu kehamilan
~
Ibu hamil dengan faktor risiko dilakukan secepat mungkin
# Sekiranya keputusan
MGTT yang 1st normal, ujian MGTT akan diulang pada 20-24 minggu kehamilan,
kalau normal, ulang sekali lagi pada 28-32 minggu kehamilan.
Keputusan
MGTT
NORMAL
FBS : < 6 mmol/L
2HPP : < 7.8 mmol/L
GDM
FBS : lebilh 6 mmol/L
2HPP : lebih 7.8 mmol/L
MGTT tak normal perlu lakukan BSP
Tanda-tanda
HYPERGLYCEMIA (gula lebih dari 8.0mmol/L)
1 – Dahaga
2 - Kerap kencing (ini biasa kot untuk
orang mengandung)
3 - Letih lesu
4 - Loya dan muntah
5 - Mata kabur
6 -
Resah gelisah
Diabetes Semasa Mengandung (GDM On Diet Control)
Assalamualaikum... Sedikit perkongsian untuk ibu-ibu hamil yang menghadapi cabaran dan ujian dengan kencing manis semasa mengandung...
Sumber:- http://sumijelly.com/2011/03/04/memahami-apa-itu-ujian-cabaran-glukos-gct-mgtt/
Prof.
Mustaffa Embong ialah Pakar Perunding Diabetes, Institut Diabetes Negara
(NADI).
Rujukan Lain :
# http://leenirdina.blogspot.com/2012/02/diabetes-semasa-mengandung-gdm-on-diet.html
# http://fiezaliesa.blogspot.com/2011/11/apa-itu-gdm.html
# http://www.slideworld.org/slideshow.aspx/Kencing-Manis-Semasa-Mengandung-ppt-2846588
Sumber:- http://sumijelly.com/2011/03/04/memahami-apa-itu-ujian-cabaran-glukos-gct-mgtt/
Senario :
Kandungan Linda masuk minggu ke-25. Semasa pemeriksaan
kesihatan rutin, dia diminta mengambil Ujian Cabaran Glukos (GCT). Dia
mengambil minuman yang mengandungi 50g glukosa dan sampel darah diperoleh
daripada lengannya sejam kemudian.
Beberapa hari kemudian doktor memaklumkan bahawa paras
glukosa dalam darahnya lebih tinggi dari paras normal. Linda mungkin mengalami
diabetes kehamilan (Gestational Diabetes Mellitus, GDM).
Linda perlu kembali ke klinik untuk mengesahkannya dengan
Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT). Tiga hari kemudian, selepas berpuasa
selama 8 jam, Linda datang semula ke klinik pada awal pagi.
Dia diberi minuman glukosa yang lebih tinggi kepekatannya
dan sampel darahnya diambil sebelum dan pada setiap jam untuk tempoh dua jam.
Keputusan ujian itu mengesahkan bahawa Linda menghidap GDM.
Linda bingung. Dia sangat prihatin tentang pemakanannya.
“Apakah GDM dan bagaimana ia dapat menjejaskan keadaan saya dan bayi saya?”
Linda berfikir.
GDM
Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM merupakan
satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak
mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah
yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
Paras
glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit
kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau
bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras
glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang
boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang
rendah.
Dengan
nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu.
GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28
kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika
tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi
yang dikandung.
GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes
(paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih
nyata akibat stres daripada kehamilan.
Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM
terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan
berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk
ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan.
Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang
membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan
hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan.
Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga,
di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan
rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.
Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan
menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun,
anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa.
Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan
menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula
meningkat tinggi.
GDM adalah berbahaya
GDM, jika tidak diurus dengan baik boleh membahayakan bayi
anda.
Paras glukosa darah yang tinggi dalam aliran darah anda
boleh memasuki plasenta, dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa
darah yang tinggi.
Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak
menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang
tinggi.
Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang
berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan
sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai
bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan
menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa
kelahiran.
Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda
mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas
dilahirkan, masalah pernafasan dan penyakit kuning (jaundis) yang berlarutan.
Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap
diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam
kebanyakan kes, jika bayi anda besar, anda akan mengalami kerumitan ketika
melahirkan bayi dan anda mungkin perlu menjalani pembedahan caesarean.
Anda juga berisiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait
dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius,
sehingga membahayakan keadaan bayi dan diri anda) semasa kehamilan.
Anda juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa
kehamilan akan datang. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat,
wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai 20 hingga 50 peratus kemungkinan
untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas
kehamilan.
Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah – seperti yang telah
dibuktikan dalam beberapa kajian ternama yang menunjukkan bahawa pengubahsuaian
gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan oleh individu yang
berisiko tinggi (termasuk wanita yang menghidap GDM) dapat mengurangkan
sehingga 58 peratus risiko menghidap diabetes jenis 2.
Merawat GDM
Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana GDM boleh diurus
dan dirawat.
Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah
untuk memastikan paras glukosa darah anda sentiasa berada di paras normal
ketika mengandung.
Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan
pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras
glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan.
Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan
kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa
darah sentiasa berada di tahap yang normal.
Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan
suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif
dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.
Ubat antidiabetik secara amnya tidak disarankan ketika
mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa
sesetengah agen hipoglisemik oral (OHA) adalah selamat untuk digunakan ketika
hamil.
Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini
jika peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi.
Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di
samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk
mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi.
Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak
lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan
kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah
tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil).
Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap
keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah
kehamilan.
Adakah anda berisiko?
Anda berisiko tinggi menghidap GDM jika:
# Berumur 25 tahun atau
lebih
# Ahli keluarga
terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2
# Anda menghidap GDM
ketika kehamilan yang lalu
# Anda mempunyai berat
badan yang berlebihan sebelum anda hamil
# Anda pernah
melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai
berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu.
Doktor akan menjalankan ujian cabaran glukosa ke atas anda
untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi
atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu
tinggi.
Anda akan diberikan minuman berglukosa dan selepas itu
(biasanya sejam kemudian), sampel darah akan diambil untuk menentukan paras
glukosa darah.
Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk
ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut
jika anda berisiko tinggi.
Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal,
anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi
GDM.
Rujukan Lain :
# http://leenirdina.blogspot.com/2012/02/diabetes-semasa-mengandung-gdm-on-diet.html
# http://fiezaliesa.blogspot.com/2011/11/apa-itu-gdm.html
# http://www.slideworld.org/slideshow.aspx/Kencing-Manis-Semasa-Mengandung-ppt-2846588
10 Perkara Yang Isteri Suka Suami Buat
Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Moga hari ini ini lebih baik dari semalam... Sedikit perkongsian untuk suami isteri...
Sumber:- https://www.facebook.com/Realitiap
10 Perkara Yang Isteri Suka Suami Buat:
1 -
"Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja".
2 - "Saya suka suami saya selalu memeluk saya".
3 - "Saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga".
4 - "Saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami".
5 - "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa".
6 - "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya".
7 - "Saya rasa terharu bila sekali sekala suami masak untuk saya".
8 - "Saya suka suami senyum pada saya".
9 - "Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji".
10 - "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya".
Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan
Assalamualaikum dan selamat pagi... Ini doa yang saya amalkan semasa mengandung ini... Sebagai langkah berjaga-jaga... Moga semuanya selamat hingga akhirnya... Aminnn...
Doa
ini lebih kurang dengan doa dalam Buku Amalan Ibu Mengandung
–
Tulisan Ustazah Siti Norbahyah...
Doa Ketika Bayi Dalam
Kandungan
"Ya
Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah
dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya
Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah
ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya
Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya
Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim
dan beramal.
Ya
Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya,
fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran
dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan
semesta alam"
## Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Mendapat Zuriat..