Monday, April 15, 2013

10 Petua Suami Isteri Atau Bakal Mendirikan Rumahtangga

Assalamualaikum dan selamat pagi...



10 Petua Suami Isteri Atau Bakal Mendirikan Rumahtangga :

1 - Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2 - Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

3 - Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

4 - Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

5 - Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

6 - Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

7 - Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

8 - Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya. Yeay!

9 - Perhatikan bagaimanakah perasaannya & berikan komen yg menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

10 - Solat bersama dan berdoa bersama.

No comments:

Post a Comment