Monday, March 18, 2013

Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?

Assalamualaikum dan ceria-ceria selalu... Sedikit perkongsian pengetahuan untuk hari ini... Kebetulan bangun tidur pagi tadi jari jemari terasa kebas (mungkin silap tidur)... Risau yang amat... Sambil2 risau pun boleh bukak FB jugak (Siap je solat subuh terus online FB, ingat nak google pasal tangan kebas ni)... Rezeki saya gamaknya, ada pulak info pasal tangan kebas ni... Jadi kita kongsi pulak kat sini sebagai pengetahun sesiapa sahaja...


Bahaya Carpal Tunnel Syndrome (CTS) Kepada Pengguna Komputer!

Dari semasa ke semasa, pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun. Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain 

Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan - Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.

# Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.

# Sering menjatuhkan barang

Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) ini?

1) Penggunaan Tetikus (mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
2) Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
3) Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
4) Faktor genetik.

Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.

# Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.

# Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.

# Duduklah dengan tegak.

Jom Tag & Sebarkan.. Untuk dijadikan sebagai panduan....

No comments:

Post a Comment