Wednesday, January 2, 2013

TIPS : Buat Suami Apabila Isteri Sedang Hamil

Assalamualaikum...



TIPS : Buat Suami Apabila Isteri Sedang Hamil

# Jaga Percakapan - Emosi isteri ketika ini sangat tidak boleh dijangka. Pasang dan surut. Mereka lebih sensitif daripada biasa. Jika ada perselisihan faham, biarkan isteri 'menang' dan ikutilah saja kemahuannya untuk keselamatan dan kebaikkan janin.

# Banyakkan Membaca Al-Quran - Selain dari mendengarkan alunan juzuk-juzuk Al-Quran melalui radio,Tv dan sebagainya sangat afdal jika para suami membacakannya secara 'live' dirumah selalu bersama isteri. Beserta dengan tartil dan tajwid bacaan yg betul akan menyumbangkan kebaikkan dan manfaat makna ayat-ayat yg dibaca kepada kandungan.

# Menjadi 'loyal assistant' kpd Isteri - Bantulah isteri dalam segala apa uruskan yang hendak dia lakukan walaupun isteri anda seorang suri rumah. Biar isteri merasa selamat dan sentiasa ada bahu yg boeh dipaut apabila suami sentiasa dekat dengannya.

# 9 bulan yang penuh keajaiban - Sedari bahawa isterimu itu sedang menikmati salah satu keajaiban yang diberi nikmat oleh Illahi. Tak semua mendapat anugerah dan peluang itu. Bermula dari denyutan nadi, jantung bayi di dalam kandungan sehingga alam kelahiran berilah perhatian dan segala zat yang diperlukan. Semuanya berlaku untuk membawa kita kembali kepada fitrah.

No comments:

Post a Comment