Monday, December 24, 2012

6 Pesanan Buat Isteri...

Assalamualaiku... Pesanan untuk para isteri sepertiku...



http://www.facebook.com/diarihati

1- Jaga solat pada awal waktu
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2 - Hidupkan Bacaan Hadis Nabi S.A.W di rumah dengan keluarga
Dianjurkan baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi S.A.W sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya dunia/akhirat.

3 - Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini"

4 - Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi S.A.W seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5 - Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir memohon keampunan kepada Allah SWT atas wanita tersebut.

6 - Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan masuk ke dalam hati kita dan mudah untuk mengamalkannya.

No comments:

Post a Comment