Wednesday, November 28, 2012

Isu Cinta - 7 Cara Menjaga Hubungan

Isu Cinta - 7 Cara Menjaga Hubungan



Sumber:- http://penpatah.blogspot.com/2012/05/isu-cinta-7-cara-menjaga-hubungan.html

Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda  datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.

Apa yang anda dan pasangan anda boleh buat?

1 - Komunikasi
Asas "paling paling paling" penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda terputus. anda tidak dapat berhubung dengan pasangan anda... Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku  perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham... Apa yang anda mampu lakukan... seterusnya.

2 - Kenal dan Kenal Cara
Setiap ayat yang datang dari pasangan anda mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya... Oleh itu, kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham... Adalah tidak salah jika anda bertanyakkan semula untuk mendapatkan kepastian, seperti contoh di bawah...

Adam : Rumah yang hujung tuh....
Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke?
Adam : Iya sayang ?
Melor : Owwhh.. "I got it"

Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 Universiti, salah fahamm pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya...

3 - Hormat Dan Menghormati
Untuk mendapatkan hormat, anda hendaklah beri hormat dulu. Respek pasangan anda, jangan sesekali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.

4 - Tunjukkan Kasih Sayang
 Sering beri alasan mengatakan diri anda tidak romantik. Pernah dengar kata pepatah "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"? Dah anda suka dan sayang pada pasangan anda, tunjukkan perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda... Sering ada juga yang memberi alasan, "Tak perlulah romantik sangat ".. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkara yang paling penting dalam membina sebuah keluaga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen pun malah anda sendiri akan rasa untung.

5 - Beri Salam
Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda... Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya... Dan indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya...

6 - Buat Yang Suka
Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan dia coklat. Bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan kalau pandai memasak, masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sediakan buat dirinya... Orang putih kata "The way to a man's heart is through his stomach".. Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri.

7 - Bergurau
Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda. Cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi pasangan suami, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata "it will be the sweetest thing to share a smile"...

Binalah kebahagiaan dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda... Kongsi bersama kawan-kawan supaya mereka lebih mengetahui cara terbaik bila dah hidup berpasangan...
Amin... Semoga bahagia selalu...

No comments:

Post a Comment