Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun.

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.... Hari khamis ini 15/11/12 adalah bersamaan dengan 1 Muharam... Jadi, sama-sama kita mengingatkan jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun.. Doa akhir tahun hijrah hendaklah dibaca selepas solat asar, kira-kira beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib dan doa awal tahun pula dibaca selepas solat fardhu maghrib... terima kasih...


DOA AKHIR TAHUN
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijjah

Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah SWT serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T.


DOA AWAL TAHUN
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.



No comments:

Post a Comment