Selamat menyambut hari raya Aidil Adha atau Raya Qurban kepada semua kawan-kawan, kenalan, keluarga pengunjung blog dan semua umat islam yang bakal meraikan pada lusa nanti... Yang ada perancangan balik kampung tu, hati-hati memandu... Ingat orang tersayang... Semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat... :)
Wednesday, October 24, 2012
Monday, October 22, 2012
Kelebihan Puasa Hari Arafah..
Tiada paksaan dalam ibadah... Tapi hadiahnya besar, rugi tak ambik... Kalau keluarga yang dah biasa ajar anak-anak mereka puasa hari itu, tiada masalah sebab dah jadi kebiasaan... Timbul rasa lain macam bila tak puasa hari tersebut...
Sunday, October 21, 2012
Friday, October 19, 2012
Petua Doa Diperkenan.
Petua Doa Diperkenan. Urusan doa diterima atau tidak adalah urusan Allah. Tapi kita seebagai umatnya wajib terus berdoa tanpa putus asa...
4 Rahsia Cara Jauh Daripada Dosa..
4 rahsia cara jauhi dosa... Dosa tidak memilih sasaran, tempat dan masa... Namun manusia sahaja yang boleh memilih untuk tidak melakukan dosa pada masa dan tempatnya...
Nafsu yang baik hendaklah kuat dan mantap untuk menghadapi ancaman nafsu jahat.
Nafsu yang baik hendaklah kuat dan mantap untuk menghadapi ancaman nafsu jahat.
Khasiat Dan Keberkatan Surah 10
Khasiat Dan Keberkatan Surah Sepuluh. Banyak kelebihan kalau kita amalkan dalam hidup seharian... Surah yang menyelamatkan kita di alam sana...
Ingatlah Wahai Wanita...
Untukmu wanita... Semoga kita bukan dari mereka yang tergolong dalam kumpulan wanita yang menjadi isi neraka... Amin..
Wednesday, October 17, 2012
Doa Agar Disayangi Oleh Suami atau Isteri.
Doa Agar Disayangi Oleh Suami atau Isteri...
Sumber:- http://www.resepirahsiaku.com/2012/09/doa-agar-disayangi-oleh-suami-atau.html
Bacalah doa ini agar disayangi oleh suami ataupun isteri anda. Selain membaca Doa Ayatul Mahabbah dan Doa Pengasih. Doa ini baik juga dibaca agar kasih sayang itu berpanjangan sehingga akhir hayat.
Baca dan hembuskan dikening orang yang kita sayangi. Niatkan dan doakan didalam hati semoga Allah S.W.T mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.

Maksudnya:
(Walaupun demikian), ada juga
di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi)
sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih
cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman
(syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak,
bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan
bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak
melakukan kezaliman itu).
Wasallam
Doa Supaya Tidak Diikuti Oleh Hantu/Makhluk Halus...
Bagi mereka yang selalu keluar malam atau para suami yang kerja atau melalui jalan di hutan-hutan elok di amalkan doa-doa pendinding diri bagi mengelakkan ada yang mengikut kita pulang...
Untuk suami-suami yang kerja membuat lebuhraya di hutan-hutan umpamanya. Takut ada yang berkenan dan ikut pulang sama... kan masalah pulak...
Doa Rawatan Hentikan Darah Istihadhah
Info dan ilmu yang penting untuk wanita-wanita... Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya. Terima denga redha dan pasrah. Disamping itu kita cuba setakat apa yang termampu. Kita hanya mampu berusaha, tapi Allah yang menentukannya. Yang penting, kita perlu yakin akan kuasa Allah pasti Allah akan makbulkan usaha dan doa-doa kita... Amin...
Wasallam.
Khas buat wanita,
Darah Istihadhah (Penyakit)
iaitu darah yang keluar daripada faraj (kemaluan) perempuan yang bukan pada
hari datangnya haid dan nifas. Sekiranya habis tempoh datangnya haid dan masih
ada lagi darah pada hari berikutnya dan seterusnya. Eloklah dibuat pemeriksaan
kesihatan untuk mengetahui apakah anda mempunyai sebarang penyakit iaitu SAKIT PUAN.
Kepada jemaah haji wanita 2012 yang menggunakan pil semasa musim haji
ini untuk menghentikan darah haid atau darah Istihadhah bagi melakukan ibadat
haji. Elok diamalkan doa ini.
Caranya:
Sediakan air sebotol dan
dibacakan doa ini sebanyak 44 kali dan ditiupkan pada air. Mulakan dengan
shalawat Nabi dahulu. InsyaAllah dengan izinnya, darah haid haid atau darah
Istihadhah anda akan terhenti selepas meminum air bacaan itu.
Dan (setelah binasanya kaum
kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi
telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika
itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi
Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada
kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim.
Kek Coklat Basic - Nuanza
Sumber:- http://denuanza.blogspot.com/2012/07/kek-coklat-basic-resepi.html
Dah lama simpan resipi ni... Tiba-tiba rasa rajin, apa lagi mula la try masak. First time cuba, alhamdulillah jadik... Try resipi Nuanza. Resipi kek coklat yang simple untuk dibuat dan sangat sedap... keknya moist jeee... gebusss and tak muak untuk dimakan... Tak letak topping pun ok... En.Hubby kata sedap! dan "Lulus" hehehe... sebelum ni penah cuba tak jadi... Untuk kali ini hamba buat kukus jeee.... juga boleh dibakar jika sukaaa. TQ banyak-banyak Nuanza atas perkongsian resepi kek coklat yang amat best ini... dari salah seorang tauke kek jugak tu... :)

Sejukkan sebelum di letak topping...
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan sebuk koko berkualiti tinggi - hamba guna van houten
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda (sudu kfc)
(# satukan semua bahan ke dalam besen yang agak besar, ketepikan)
Bahan B
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A (kalau gred B/C, guna 3 biji -pukul sikit macam nak buat telur dadar)
(# satukan semua bahan B)
Cara
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A
- Gaul sebati sampai hilang ketul-ketul...
- Boleh tapis (guna penapis santan) agar tiada ketul2 yang kelihatan pada kek nanti...
- Masukkan ke dalam loyang saiz 7@8 inci
- (loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis) - senang keluar
- atau gunakan kertas minyak...
- Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak
- Adunan juga boleh dikukus...
** Topping ikut suka hati masing-masing...

Tuesday, October 16, 2012
Check List Puasa Sunat 2012-2013
Semak jadual puasa bagi yang nak... Yang rajin boleh puasa hari-hari pun boleh... Tiada paksaan... Sekadar berkongsi untuk yang rajin mengerjakannya...
Saturday, October 13, 2012
Friday, October 12, 2012
Amalan Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Ketika Sedang Haid.
Amalan-amalan Yang boleh kita lakukan oleh semua wanita muslim ketika sedang haid. Ketika ini wanita dalam keadaan kotor dan sangat disukai oleh syaitan dan makhluk halus. Antara amalan yang dapat kita lakukan adalah dengan hanya zikir2 ini kena wanita dalam haid tidak dibolehkan membaca ayat suci Al-Quran...
Istiqamah..
Jom kita pakat Istiqamah. Teguh pada jalan yang benar dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah walau melalui pelbagai cabaran dan rintangan...
Ikrar Diriku Dengan 2 Kalimah Syahadah.
Ikrar Diriku Dengan 2 Kalimah Syahadah "Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah, Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"
Azab Mereka Yang Meninggalkan Solat
Azab Mereka Yang Meninggalkan Solat.
Solat pun nak dilakukan dengan elok. Solat ibarat pakaian. Kalau kita lakukan dengan sempurna, sempurnalah pakaian kita, jika tidak sebaliknyalah... fikir-fikirkan...
Jagalah solat. Sentiasa solat diawal waktu...
Rahsia disebalik solat....
Solat itu tiang agama... Tanpa solat, ibarat rumah tak bertiang... pasti tak kuat dan robohkan??? fikir-fikirkan...
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan... Setiap manusia pasti akan mati...
Kalau anda bekerja sekalipun tak salah kita utamakan solat... cukup masa time rehat, solat dulu... ada masa lebih baru boleh makan... solat pun tak lama, 5 minit dah siap... tak sempat makan tengah hari pun tak apa, bukan mati pun... nak senang "tapau" je makan tengahhari... senangkan??? yang penting solat diutamakan, baru berkat hidup..