Tuesday, June 26, 2012

Petua Kurus Dan Langsing

Sumber:- http://1khalifah.wordpress.com/category/petua/


PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Masalah Berat yang Berlebihan?
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya:

MINUM AIR LIMAU NIPIS/KASTURI
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya:
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

AIR TEH CINA
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

AIR ASAM JAWA
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya:
Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

TURUNKAN BERAT BADAN
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi & malam, setiap hari sewaktu dlm pantang.

KURANGKAN BUNCIT
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

KEMPISKAN PERUT 1
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

KEMPISKAN PERUT 2
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam



Sumber:Facebook

Sekarang zaman semakin berubah, tekanan dan stress boleh kita alami di mana2 sana. Tak kira disebabkan oleh masalah kerja mahupun family, keadaan kehidupan sekarang juga menekan hidup kita.

Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan :-

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Secara ringkasnya, tekanan perasaan bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Monday, June 25, 2012

Rawatan Islam Bagi Yang Sakit Kepala / Migrain

Rawatan Islam Bagi Yang Sakit Kepala / Migrain...
Bagi yang sering mengalami sakit kepala tu boleh la amalkan cara ini...

Surah-Surah Yang Diamalkan Untuk memusnahkan Sel-Sel BARAH PAYUDARA

Setiap penyakit yang diberikan Allah ada ubatnya.. bagi mereka yang menghidapi penyakit BARAH, boleh lah berusaha dengan mengamalkan perubatan islam...



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan: 
1 - Istighfar 10x.
2 - Salawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.


Doa Hilangkan STRESS dan TEKANAN..

Setiap manusia yang normal pasti akan menghadapi tekanan atau stress... Cuma yang bezanya adalah cara kita semua mengadapi dan menyelesaikannya... Antara doa yang boleh diamalkan apabila diri rasa terbeban dengan masalah atau tekanan...


Bagaimana Islam mengajar kita apabila menghadapi tekanan...


Tuesday, June 19, 2012

Ujian... Ujian... Bersabarlah...

Setiap ujian ada hikmahnya... bersangka baik dengan Allah.. terima dengan ikhlas walau hati rasa terluka... berdoalah agar dikuatkan iman dan diberikan kesabaran yang tinggi...



Thursday, June 14, 2012

Petua Dapat Zuriat




~~~~~ TIP MALAM JUMAAT~~~~

(PETUA DAPAT ZURIAT)
1 - Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.
2 - Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.
3 - Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.
4 - Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
5 - Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.

Doa Untuk Mendapat Cahayamata ”Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik”
(Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 89).

Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.

Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha anda diperkenankan oleh-Nya.

Monday, June 11, 2012

Manusia Di Uji ALLAH SWT Dengan Cara-cara Berbeza


Setiap manusia akan diuji dengan ujian.... Cuma ujian yang diterima adalah berbeza... Jadi terimalah ujian itu dengan redha dan ikhlas...




Setiap individu akan diuji dengan kegagalan, kekecewaan, kemiskinanatau kesakitan. Malah kebahagiaan, kemewahan, dan kecantikan juga antara ujian buat mereka.

Hakikatnya, manusia diuji dengan cara berbeza-beza bagi menilai rasa kehambaan kepada Penciptanya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Katakanlah: Tidak sesekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah at-Tawbah ayat 51).

Sebab itu, apabila ditimpa ujian, kita perlu pasrah dengan apa yang berlaku malah tidak sesekali mempersoalkannya. Umat Islam juga diajar supaya mengucapkan kalimah istirja’ iaitu ‘Inna lillah wa inna ilaihi raji’un’ apabila ditimpa ujian.

Maksudnya, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah SWT dan kepada-Nya kami kembali.

Tidak terlepas dalam masyarakat kita, ada mempercayai musibah yang berlaku datangnya daripada sial, badi atau nasib malang.

Contohnya, mengaitkan musibah yang berlaku seperti perniagaan merudum, bankrap atau ditimpa bencana berpunca daripada sial yang dibawa oleh anak.

Berpegang kepada kepercayaan itu, ada yang sanggup membunuh, mencederakan serta menyisihkan anak yang tidak berdosa itu. Jika begitulah tahap pemikirannya, jelas mereka terbabit dengan kepercayaan karut lagi menyesatkan.

Mereka tidak tahu bersyukur dan menghargai ‘harta’ yang cukup bernilai itu. Sekiranya umat Islam faham dengan konsep qada’ dan qadar Allah, mereka tidak akan merasa kecewa, sebaliknya bersangka baik dengan Allah dan bersedia mengharungi dugaan itu dengan penuh reda.

Anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat.

Kekuasaan Allah SWT dalam menentukan sesuatu perkara bersifat mutlak. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: ‘Jadilah’. Lalu jadilah ia.” (Surah al-Baqarah, ayat 117).

Apabila memilih untuk ‘menentang’ takdir ternyata kita tidak dapat menerima hakikat kehidupan sebenar malah memilih untuk memberontak serta mempersoalkan.

Bagi yang sudah dikurniakan zuriat sendiri, peliharalah anak itu dengan sebaiknya. Berdoalah supaya anak itu kelak menjadi soleh dan solehah. Anak tidak membawa sebarang dosa yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya.

“Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat untuk dicorakkan ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Hadis itu menjelaskan bayi yang dilahirkan suci daripada sebarang dosa dan kesalahan. Jadi, salah sekali bagi mereka yang berpendapat anak kecil yang baru dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarganya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah al-Najm, ayat 38).

Pemahaman karut mengenai sial yang dibawa seorang anak adalah antara pemahaman golongan Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.

“Golongan ini berpendapat anak perempuan yang baru dilahirkan akan mendatangkan keaiban dan malapetaka terhadap keluarga mereka. Maka, mereka akan menanam bayi perempuan itu hidup-hidup.

“Hal ini dirakamkan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: 

“Sekiranya salah seorang diberitahu kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”. (Surah al-Nahl, ayat 58-59).

“Terdapat juga di kalangan ibu bapa yang merasa khuatir tidak dapat menyara kehidupan anak mereka, lantas membunuh anak yang tidak berdosa itu,” katanya.

Urusan rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar manusia merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31).

“Berdasarkan dalil itu, pendapat sesetengah daripada masyarakat kita mengenai sial yang datangnya dari anak adalah tidak benar sama sekali. 

Sebaliknya, kita perlu faham kelahiran zuriat adalah rahmat bagi sesebuah keluarga. Cukup besar ganjaran yang Allah kurniakan bagi mereka yang berjaya memikul amanah itu dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: 

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28).

Masih terdapat banyak amalan karut berkaitan kelahiran bayi yang masih diamalkan masyarakat Melayu hari ini.

“Kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Contohnya, adat ‘kirim perut’ yang dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.

“Ia dilakukan bidan bagi membuang sial atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil selain membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

“Selepas kelahiran, terdapat adat yang dipanggil ‘turun tanah’ yang diraikan bagi anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya.

“Tidak kurang juga bayi yang dipakaikan tangkal kuning atau hitam di pinggangnya bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Semua amalan itu tidak disyariatkan Islam malah perlu ditinggalkan kerana boleh membawa kepada syirik.

Ingatlah, dosa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan Allah SWT.

Wassalam.