Wednesday, May 23, 2012

Versi Penuh : Debat Isu Pemansuhan PTPTN - KJ vs Rafizi 22/5/2012

PTPTN... Hutang tetap hutang... aku tak mahu masalah bila "MATI" nanti... Walau bayar sikit-sikit setakat yang mampu, yang penting tetap berusaha melunaskan hutang....

Motivasi Pagi - Prof Muhaya - Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri

Nasihat berguna untuk para isteri atau bakal isteri...
Semoga dapat dijadikan panduan dalam melayari rumah tangga... Insya Allah, setiap masalah ada penyelesaiannya...

Tuesday, May 22, 2012

Tauge Dikatakan Mampu Menyumbang Kepada KESUBURAN LELAKI DAN WANITA !



Sayur taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun badannya kurus melidi tetapi ianya kaya dengan khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Tak percaya jom kita baca apa khasiat sayur taugeh.

1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mampu melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan leukimia.
- Mengikut kajian yang dijalankan taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkanbibit kanser, usur besar, pankreas dan leukimia.

3. Mencegah kerapuhan tulang.
- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Terhindar daripada kanser payudara.
- Bagi wanita, pengambilan taugeh dapat membantu menghindarkan diri daripada kanser payudara, ganguan semasa menstruasi, simptom pra-menopaus dan juga gangguan akibat menopaus.

5. Menghalang tubuh daripada sel perosak DNA.
- Taugeh kaya dengan antioksida yang kuat dan mampu menhalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.

6. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).
- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.

Okay, mulai hari ini jom ramai-ramai kita makan sayur taugeh. Hari-hari makan pun okay jugak. heheh

Senyumlah... Walau Hati Sarat Dengan Derita...

Senyumlah... tak berat atau rugipun kalau senyum... malah ia adalah "sedekah"... Senang-senang kita akan dapat pahala dengan hanya SENYUM....

Senyumlah, walau kita dalam keadaan sedih... Tak perlu semua orang tahu masalah kita... cukuplah hanya "ALLAH" tempat kita mengadu dan berdoa... Kerana bukan semua yang bergelar "manusia" itu akan faham dengan masalah dan persoalan hidup kita...Sebaliknya mungkin kita akan ditertawakan... Menambahkan lagi duka yang sedia ada... Hanya yang pernah mengalami kepahitan hidup yang akan memahami apa yang kita rasa...


Senyum... Senyum... Senyum... Senyum... Senyum... Senyum...

Ujian... Tanda Allah Rindu..

Ujian, tanda Allah menyayangi kita... oleh itu terimalah dengan redha... Sentiasa bersangka baik dengan Allah... Mungkin dia menyediakan yang terbaik untuk kita...Walau pun begitu teruskan berdoa agar apa yang kita inginkan akan tercapai... Aminn...




Tuesday, May 15, 2012

Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi SAW




Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi SAW

1 - Bulu kening
- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. HR Abu Daud Fi Fathil Bari.

2 - Kaki (tumit kaki)
- "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3 - Wangian
- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4 - Dada
- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.

5 - Gigi
- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. ". HR At-Thabrani.

- "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". HR Bukhari dan Muslim.

6 - Muka dan leher
- "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7 - Muka dan Tangan
- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.

8 - Tangan
- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani dan Baihaqi.

9 - Mata
- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." QS An Nur : 31.

- Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10 - Mulut (suara)
- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.
- Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." HR Ibn Majah.

11 - Kemaluan
- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " QS An Nur : 31.

- "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.

- "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12 - Pakaian
- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

- "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

- "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al Ahzab : 59.

13 - Rambut
- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.

Saturday, May 12, 2012

Tips untuk Isteri






Ustaz Mohd Kazim Elias

Tips untuk Isteri

Di dalam Islam, seorang suami mempunyai tanggung jawab yang besar ke atas keluarganya. Suami adalah ketua keluarga. Suami merupakan tunggak kekuatan sesuatu keluarga itu. Seorang isteri wajib member...ikan kasih saying dan ketaatan kepada suaminya agar kehidupan berkeluarga mendapat keberkatanNya.

Berikut adalah tips untuk Isteri

1 - Berkongsi minat.
Tunjukkan anda berminat dengan hobinya atau sekurang-kurangnya mendengar apabila suami anda bercakap tentang sesuatu yang diminatinya. Kejutkan suami dengan membeli buku-buku atau barang-barang yang berkenaan dengan minatnya itu. Confirm suami akan lebih menyayangi anda!

2 - Tumpukan perhatian apabila suami bercakap.
Seorang isteri yang baik akan sentiasa mendengar apa yang cuba disampaikan oleh suami. Lihat ke dalam matanya dan tidak memintas ditengah percakapannya. Cara ini amat disukai suami kerana dia akan berasa lebih dihormati (sebagai ketua keluarga).

3 - Hantar ucapan istimewa.
Teknologi masakini memudahkan kita untuk berkomunikasi. Luahkan perasaan cinta atau penghargaan anda kepada suami tercinta melalui text message atau kad ucapan. Ucapan manja atau saying si isteri amat bermakna kepada suami. Cuba dan lihat keputusannya!

4 - Sentuhan Isteri amat bermakna.
Selain dari ibunya dan anak-anaknya, si isteri sahajalah yang berhak menyentuh suaminya. Pegang tangan suami tidak kira di mana. Jika malu atau tak biasa, gunakan masa ketika anda berdua seperti di dalam kereta atau panggung wayang. Tip ini akan membuatkan suami berasa lebih dihormati dan menunjukkan si isteri masih sayang dan masih memerlukan suami.

5 - Beri ruang untuk suami.
Tanggungjawab yang dipikul oleh suami amat besar dalam memastikan keluarganya mendapat yang terbaik. Berikan ruang untuk suami dalam menyempurnakan pekerjaannya yang menampung keluarga. Cuba elakkan dari memberikan suami muka yang masam ketika dia pulang dari tempat kerja.Jika boleh berilah senyuman kerana senyuman itu pengubat segala duka. Elakkan cemburu buta dan pastikan makan minumnya terjaga

19 Tips Cinta Suami Isteri






19 Tips Cinta Suami Isteri

1 - Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2 - Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3 - Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4 - Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5 - Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6 - Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7 - Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8 - Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9 - Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10 - Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11 - Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12 - Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13 - Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14 - Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15 - Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16 - Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17 - Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18 - Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19 - Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Islam Itu Indah

Kemesraan Rasulullah...



Sumber:-

by "KATA-KATA HIKMAH" on Monday, September 6, 2010 at 8:29am

KEMESRAAN…
Kemesraan adalah buah cinta
Kemesraan adalah keindahan dalam berumah tangga
Kemesraan adalah cara mengekalkan keharmonian rumahtangga
Kemesraan adalah pancaran akhlak dan jiwa seseorang
Orang yang paling baik agamanya adalah yang terbaik akhlaknya
Dan orang yang terbaik akhlaknya adalah yang terbaik kepada isterinya

Dan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah yang terbaik akhlaknya
sehingga Allah subhanahu wa ta’ala memujinya:

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) …sungguh mempunyai akhlak yang Agung (‘azhiim).” (QS. Al-Qalam : 5)

Lalu bagaimanakah beliau bermesraan berakhlak dengan isteri-isterinya ?
Dalam berbagai kesempatan, beliau selalu menjelaskan dengan gamblang tingginya kedudukan kaum wanita di sisi beliau. Mereka kaum hawa memiliki kedudukan yang agung dan derajat yang tinggi. Bahkan menjadi standar sempurnya keimanan seorang hamba adalah kebaikan akhlaknya kepada isterinya.

Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna IMANnya adalah yang paling baik AKHLAKnya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada ISTERInya" (HR Tirmidzi) 

Walaupun beliau seorang pemimpin Negara atau komandan dalam peperangan, tetapi beliau sangat menghormati memuliakan wanita.

Bermain dan bercanda dengan isteri
Aisyah radhiyallah ‘anha mengisahkan: Pada suatu ketika aku ikut bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah lawatan. Pada waktu itu aku masih seorang gadis yang ramping. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dahulu. Mereka pun berangkat mendahului kami. Kemudian beliau berkata kepadaku: “Kemarilah! sekarang kita berlomba lari.” Aku pun meladeninya dan akhirnya aku dapat mengungguli beliau. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hanya diam saja atas keunggulanku tadi. Hingga pada kesempatan lain, ketika aku sudah agak gemuk, aku ikut bersama beliau dalam sebuah lawatan. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dahulu. Kemudian beliau menantangku berlomba kembali. Dan akhirnya beliau dapat mengungguliku. Beliau tertawa seraya berkata: “Inilah penebus kekalahan yang lalu!” (HR. Ahmad)

Membantu menaiki kendaraan
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali dari peperangan Khaibar, beliau menikahi Shafiyyah binti Huyaiy radhiyallahu ‘anha. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah radhiyallah ‘anha dari pandangan orang. Kemudian beliau duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, beliau persilakan Shafiyyah radhiyallah ‘anha untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut beliau.

Tidur dalam satu selimut bersama isteri walaupun sedang haid..
Dari Atha` bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan Aisyah radliyallahu ‘anha biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?' Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.'Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur).

Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai dari auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dlm bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

Disisir oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, ketika itu saya sedang haid". (Hadis Riwayat Ahmad).

Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir).

Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah r.a, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur).

Membelai isteri
"Adalah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." (Hadis Riwayat Ahmad).

Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahwa Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).

Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq).

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

Aisyah radhiyallah ‘anha menuturkan: “Pada suatu hari Rasu-lullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya: “Wahai ‘Aisy (salah satu panggilan kesayangan kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ), Malaikat Jibril ‘alaihissalam tadi menyampaikan salam buatmu.” (Muttafaq ‘alaih)

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni).

Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menetes di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bagian yang terkena tetesan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menetes lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bagian yang terkena tetesan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." (Hadis Riwayat Nasai).

Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, ”Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku menduga hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)

Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaithan.......apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya karena pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Semoga kita bisa mengambil hikmah dan meneladaninya

Allah Subhanahu wa ta'ala  berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)
Wassalam

63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah




Email : mohd naim mohd zain

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1 - Doa yang berterusan.

2 - Patuh ajaran agama.

3 - Murah dengan pujian.

4 - Murah dengan khidmat.

5 - Murah dengan belaian kasih sayang.

6 - Murah dengan sentuhan.

7 - Mencari kebaikan pasangan.

8 - Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9 - Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10 - Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11 - Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12 - Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13 - Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14 - Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15 - Tolak-ansur.

16 - Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17 - Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18 - Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19 - Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20 - Sanggup berkorban buat pasangan.

21 - Menghormati pasangan.

22 - Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23 - Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24 - Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25 - Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26 - Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27 - Meletakkan hak kepada pasangan.

28 - Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29 - Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30 - Mengawal marah. Buat perjanjian.

31 - Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32 - Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33 - Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34 - Memahami peranan ‘pasangan’.

35 - Hubungan perasaan sesama pasangan.

36 - Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37 - Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38 - Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39 - Tujuh kali puji dan satu teguran.

40 - Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41 - Banyakkan bergurau dan bermesra.

42 - Sentiasa berterus terang.

43 - Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44 - Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45 - Elakkan salah pasangan.

46 - Cari titik pertemuan.

47 - Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48 - Lebih banyak memberi daripada menerima.

49 - Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50 - Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51 - Seimbangkan hubungan dari segi:
# Mental, pendidikan dan ilmu
# Emosi
# Fizikal dan ekonomi
# Sosial
# Spiritual

52 - Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53 - Tidak terlalu mengongkong.

54 - Tidak bertindak bersendirian.

55 - Memberi peluang untuk berbeza:
# Pendapat atau pandangan
# Hobi
# Kegemaran
# Makanan
# Cita rasa
# Warna pilihan dan pelbagai

56 - Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57 - Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58 - Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59 - Tidak meminta yang bukan-bukan.

60 - Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61 - Mencari kelainan dan perubahan positif.

62 - Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63 - Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.