19 Tips Cinta Suami Isteri
1 - Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali
sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2 - Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk
tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di
bibir.
3
- Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
dilakukan.
4
- Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum
keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5
- Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia
tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6
- Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja
sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7
- Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga
hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8
- Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan
walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9
- Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil
membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10
- Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia
sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan
kasih sayang.
11
- Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman
selepasnya.
12
- Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli
untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13
- Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa
tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu
pasangan pasti menyukainya.
14
- Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,
teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15
- Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16
- Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan
pasangan merasa jemu.
17
- Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk
menyelesaikannya.
18
- Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah
tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat
tersebut.
19
- Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya
hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa
ragu dan malu.
No comments:
Post a Comment