Sunday, December 7, 2014

Selawat Munjiah

Assalamualaikum... Kelebihan solat munjiah.



Sumber:- https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

SELAWAT MUNJIAH

PENJELASAN :

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera. Segalanya dengan izinAllah dan diatas kehendak Allah.

Imam Dainuri menerangkan;
Pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan. Maka mereka akan membaca selawat ini.

Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setiap lepas sembahyang lima waktu.

Selawat Tafrijiyyah

Assalamualaikum... Kelebihan solat tafrijiyyah



Sumber:- https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

SELAWAT TAFRIJIYYAH

(NOTA: Yang terbaik adalah dibaca seikhlas hati tanpa dikira bilangannya, bukan kerana hajat2 tetapi kerana kasih, rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW.)

Antara Kebaikan Pengamal Selawat ini :-

1 - Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2 - Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3 - Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4 - Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.

5 - Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.

6 - Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7 - Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8 - Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

@@ Imam Ad-Dainuri r.a.

11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.

100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam - Menyelesaikan masalah

@@ Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Tertib Dalam Solat : Perlu Ada Thuma'ninah

Assalamualaikum... Kita bersolat, kita jumpa dengan Allah swt. Jadi perlu lah ada tertibnya... Solat Itu tiang seri agama. Jagalah solat kita sebaiknya. Moga Allah merahmati ibadah kita... Ameen...








Kredit :- Milmetal N Blues ~ KITA SEMUA MILIK ALLAH SWT





Zikir Nama Allah Untuk Ikhtiar Zuriat.

Assalamualaikum... Hari ni nak kongsi sikit tips untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Bagi yang dalam kesusahan / kedukaan / ada impian, kita disarankan banyakkan istighfar dan zikir. Moga usaha kita dimakbulkan Allah.

Zikir ini adalah sebahagian dari usaha kita dengan Allah yang maha pencipta... Yang penting sabar, redha dan jangan stress ya... :)




Assalamualaikum…

Tips. Hari nie admin nak kongsi amalan zikir nama-nama
Allah untuk mendapatkan zuriat.

AL- BARI (MAHA MENGADAKAN)
AL- MUSAWWIR (MAHA PEMBENTUK)
AL- KHALIQ (MAHA PENCIPTA)

Sambil baca & gosok perut anda, amalkan waktu pagi & malam.
Semoga impian sis dipermudahkan Allah, Ameen.



Thursday, December 4, 2014

Ujian Itu Tarbiyah

Assalamualaikum... Ujian semua orang melalui dan menghadapinya selagi kita masih di muka bumi Allah ini... Sabar dan kuatkan semangat menghadapinya...