Tuesday, September 30, 2014

Anak Adalah Ujian...

Assalamualaikum... Saat berkumpul bersama sanak sedara terutama ketika adanya majlis2 tertentu, sambutan hari raya dan sebagainya adalah saat yang tidak disenangi bagi sesetengah orang terutama bagi mereka yang masih belum kuat imannya dan masih dalam proses mencapai tahap kesabaran yang tinggi... Jangan pelik... Bagi yang tidak mengalami ditempat mereka anda tidak akan merasai apa yang mereka rasa... Terutama bagi pasangan2 muda yang sedang diuji...

Anak adalah ujian dan amanah Allah... Jodoh juga rahsia Allah... Jangan tanya mereka sebab mereka sendiri tiada jawapan... Cuba anda tanya sendiri Allah??? Boleh???
















Membuat Air Ruqyah (Jampi) Sendiri.

Assalamualaikum... Lagi siaran ulangan... Membuat air rukyah (jampi) sendiri... Sebagai hambanya kita hanya mampu berusaha... Insya Allah dengan izinNya kita mampu merawatnya... Al-quran itu sendiri alah ubatnya...


Sumber:- https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Membuat Air Rukyah (Jampi) Sendiri Dirumah

Dalam keadaan suci dan berwudhuk. Yang terbaik adalah selepas solat wajib atau solat-solat sunat.
Niatkan hendak membaca rukyah ini kerana Allah swt. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

# Letakkan sebotol air dihadapan anda, botol besar lebih bagus.
# Istighfar - 3 kali
# Baca Al Fatihah - 51 Kali
# baca 3 Qul (Al Ikhlas, Al falaq, An Nas)
# Selawat seikhlas hati

## Selesai baca, Tiupkan pada air tersebut
## Kemudian simpan dalam bilik
~ Dihari lain, Bila teringat baca lagi (51 Kali). Sentiasa topup bacaan Alfatihah.

Airnya Nak Guna Bila?
~ Guna disaat kecemasan.
~ Deman panas
~ Gangguan Jin
~ Anak menangis malam tak berhenti-henti
~ Dan Lain2

## Sebelum minum, baca AlFatihah (1 Kali) dan Selawat Nabi (3 Kali).
~ Dan berniat agar dengan ikhtiar ini menjadi asbab
Allah SWT beri kesembuhan ke atas penyakit rohani dan jasmani.

## Beri minum segelas dan sapukan sedikit kemuka.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum... Adoi lamanya tak menjengah blok... Ujian dengan tenet dll...
Tak lama lagi kita akan menyambut hari Raya Qurban/ Aidil Adha... Bagi yang berkemampuan, Alhamdulillah rezeki anda untuk melaksanakan ibadah... Bagi yang kurang berkemampuan, jangan sedih... Akan ada ruang untuk kita nanti...

Ada setengah orang yang tak berkemampuan untuk mengeluarkan belanja sekali gus, tapi amat berhajat boleh cuba cara yang di lakukan oleh setengan orang (Mak sedara saya).
Buatkan satu tabung, mulakan menabung sikit2 tapi berterusan... Insya Allah... Cukup masanya dapat melaksanakan ibadah kurban ini...

Ada juga setengah orang bermain kutu... Tak kesahlah apa cara pun janji cara yang halal dan betul dan niat yang ikhlas kerana Allah... Moga2 usaha kita diredhai Allah dan diizin untuk melaksanakan ibadah Kurban ini...

Peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang sering melaksanakan ibadah Kurban...
Usahlah riak dan bermegah... Tak berbaloi kita mmebuat ibadah kerana nak menunjuk-nunjuk pada orang... Sia sia je amalan kita... Lagi elok bagi yang berkemampuan lebih untuk menyedekahkan bahagiannya untuk di niatkan kurban oleh orang2 yang susah. Supaya kita semua dapat merasai dan mendapat keberkatan dariNya... Ameen...











Tuesday, September 2, 2014

Merawat Cara Islam - Bismillah Lima Dan Air Ruqyah

Assalamualaikum... Hidup adalah ujian. Ada yang sihat dan ada yang di uji dengan kesakitan. Ujian tidak mengenal siapa... Orang yang disayangi Allah pasti akan duji... Kita sebagai hambanya perlu terima dengan redha, dan pasrah... Bersabar dengan ujian Allah, pasti akan ada hikmahnya nanti... :)

Di sini saya kongsikan info untuk mengubati penyakit yang saya boleh share... Kita hanya mampu berusaha namun Allah yang tentukan...

AMALAN BISMILLAH LIMA (5)



MEMBUAT AIR RUQYAH SENDIRI