Tuesday, August 26, 2014

Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir

Assalamualaikum... Maaf dah lama menyepi... Dah habis puasa syawal semua? Alhamdulillah... Hari ni nak kongsi sedikit cara untuk melakukan solat sunat witir... Bukan semua dari kita ini arif tentang solat-solat sunat ini. Tapi kita semua cuba untuk melakukannya... Semoga niat dan usaha kita mendapat keredhaan Allah...



Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   
(Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

Cara Melaksanakannya:

1)  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:


“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2)  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun



3)  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
4)  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:


“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.

5)  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.


Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

1) Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:


Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. 
“RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata:
Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” 
(Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

2) Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:


3)  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:





Ini saya share dalam bentuk picture. Supaya senang sesape nak save... Ambillah, tak perlu minta izin. Biar Allah aje membalasnya... Kredit juga untuk http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/# atas perkongsian ini...




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Assalamualaikum...
Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk simpanan dan peringatan diri sendiri. Dan bagi mereka yang merasakan perkongsian ini bermanafaat. Jauh sekali untuk berasa riak atau menunjuk-nunjuk. Hanya Allah tahu keikhlasan hati ini... Anda buat anda dapat... Tiada siapa dapat melarang atau menghalang seseorang. Kita sendiri yang tentukan mana yang terbaik untuk kita...

Saya sendiri dalam proses belajar... Semoga perkongsian ilmu ini kita akan sama-sama mendapat kebaikan darinya... Ameen... :)












Thursday, August 7, 2014

Puasa Sunat Syawal

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya...
Raya, raya jugak... Jangan lupa dapatkan kelebihan puasa sunat Syawal ya kawan2 yang kukasihi sakalian...