Tuesday, June 24, 2014

Jom Dhuha

Assalamualaikum... Mulakan hari kita dengan ceria...
Lagi elok kalau hari kita ini di lengkapkan dengan solat dhuha. Jika terlalu sibuk nak dilaksanakan kerana tuntutan kerja, lakukan la di hari kita ada masa terluang. Contohnya hari minggu...










Asam Garam Perkahwinan

Assalamualaikum...
Setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Bohong la kan andai hubungan suami isteri itu tenang tanpa masalah... Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suani isteri...
Suami isteri perlu muhasabah diri bagi menjaga kerukunan rumahtangga...
Andai berlaku perselisihan, salah satu pihak perlu beralah dan tak perlu di kira siapa yang bersalah atau tidak...








Andai Isteri rasa bersalah cepat-cepatla mohon maaf dengan suami... Harus ingat kita wanita perlukan redha suami untuk mendapat rahmat dan redha Allah... Jangan sesekali biarkan hari kita mendapat cercaan Allah...








Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya

Assalamualaikum... Salam ceria... Lamanya menyepi...

Harini nak kongsi sikit info untuk suami isteri...:)
Pupuk dan bajai lah sentiasa hubungan kita agar sentiasa segar mewangi...
Perkahwinan ni boleh diibaratkan sebagai tanaman jugak. Perlu belaian dan penjagaan. Hubungan bahagia menghasilkan kerukunan dan kebahagian dalam rumah tangga...



Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya…

# Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

# Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

# Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

# Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

# Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

# Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami...

1 - Peluklah isteri
2 - Belai lembut rambutnya
3 - Sentuh wajahnya
4 - Gosok lembut lengannya
5 - Kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6 - Gosok lembut punggungnya
7 - Sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.