Saturday, February 8, 2014
Sujud Sahwi
Assalamualaikum... Tidak dapat dinafikan, sering kali kita akan melakukan kesilapan semasa kita mengerjakan solat andai hati kita lalai dak tidak fokus kepada solat... Akibatnya kita akan terlupa apa yang kita sedang kerjakan (terutama semasa solat). Untuk itu kita perlu mengerjakan "sujud sahwi"...
38 Kesilapan Umum Di Sekitar Solat
Assalamualaikum... Hari ini ingin berkongsi info tentang kesilapan yang biasa berlaku semasa kita mengerjakan solat...
1 - SOLAT TANPA ILMU
38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA
SOLAT RASULULLAH SAW)
Di depan mata saya,
berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan
mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan
ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat
seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka
sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal,
belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu
menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai
kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka!
Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur
mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka
lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara
solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang
dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda
Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri
sendiri.
“Yang
pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya
sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka
buruklah amalan-amalannya yang lain.”
BAB : KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1 - SOLAT TANPA ILMU
Orang
yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat
dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.
2 - TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai
di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala
kadarnya sahaja.
3 - LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH
MENUTUPI MATA KAKI
Ramai
di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak
tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh
menutup mata kaki.
4 - MELAFAZKAN NIAT
Sudah
menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.
5 - CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah
SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat,
setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @
mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...
6 - KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah
Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.
7 - MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika
sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan
solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya
ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat
sujud.
8 - MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai
di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat.
Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan
dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.
9 - MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.
10 - TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila
Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan
amiin dengan suara keras dan panjang."
11 - TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda
Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam)
solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri
(dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak
menyempurnakan rukuk dan sujud.”
12 - HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah
SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening
(dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan,
dua lutut dan dua telapak kaki."
13 - KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada
juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak
tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga
bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari
Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu
menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya
(sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "
14 - TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah
SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya
adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu
hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.
15 - TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK
ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara
duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada
kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak
kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.
16 - MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan
menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar tidak terjurai bukan
sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan
dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat
tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.
17 - CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN
KEEMPAT
Dari
Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW
solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit,
beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at
seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada
lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.
18 - DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR
TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.
19 - BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai
di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam.
Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah
SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a
berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku
berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan
dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."
20 - MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada
orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis
yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti
berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya:
“Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan
telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.
21 - MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal
ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut
takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala
kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’
Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami
tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar
dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”
22 - MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai
di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang
sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di
hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk
tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.
23 - MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah
SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya
memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama,
kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti
mereka akan mengadakan undian.”).
24 - SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK
KISAH
Adalah
menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah
benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila
telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir,
sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu
mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang
menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”
25 - MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada
sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan
masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah,
tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu
dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai
“tidak sempurna”.
Dari
Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi
tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim)
Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat
berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para
sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak
aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
26 - TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada
orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu
ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan
solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan
bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.
27 - SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA
MEMAKAI BAJU.
Dari
hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak
menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak
berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.
28 - BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah
SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam)
berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika
imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”
29 - IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam
Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia
berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik
dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.
30 - SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila
solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada
kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak
ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan
dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah
hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah
kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).
31 - RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun
mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan,
sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak
menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan
kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh
sebab adanya keraguan."
32 - TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai
di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari
mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur
hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang
nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna
setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa
manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan
mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda
Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada
dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat
33 - TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda
Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk
sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan
Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang
solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau
seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang
diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan
sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai
orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program keduniaan. Fikiran
mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti.
Itu dikerjakan di tengah-tengah melaksanakan
solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.
34 - MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali
kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan
solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah
solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya
berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan
berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan
digalakkan dilakukan di rumah.
35 - MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari
Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa
lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda
baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah.
'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).
KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
(1)
Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan
ketika mengingatnya.
(2)
Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya
sama dengan meremehkannya.
(3)
Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan,
seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.
36 - TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal
ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di
surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah
solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa
yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam.
Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan
bertindak menjadi imam!.
37 - BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai
di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu
atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di
dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila
selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana
hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh
kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni
dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”
“Barangsiapa
setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali,
takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga
jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi
Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap
solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk
syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan
lain-lain. –
sahih)
sahih)
38 - MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.
BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit
sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan solat, sama ada kita
sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita
jadi tidak sah atau terbatal gara-gara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu
solat yang sebenarnya.