Thursday, September 12, 2013

Doa Penawar Bagi Mengubati Penyakit

Assalamualaikum...

Penyakit, dugaan, adalah ujian dari Allah untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada kita. Sejauh mana kita bersyukur dan menerima ketentuan yang diberikan Allah, itu terpulang pada kita untuk menerimanya. Sebagai hamba Allah, kita wajib percaya bahawa apa yang Allah berikan pada kita. Dan Allah lebih tahu perjalanan hidup hambanya...

Walaupun begitu, kita tidak boleh berserah dan menerima sahaja ujian untuk kita, tetapi berusaha untuk yang lebih terbaik...






Wednesday, September 4, 2013

Doa Rawatan Berhenti Pendarahan.

Assalamualaikum.... Mulakan hari dengan Bismillah dan Senyuman. Hari ni nak kongsi sikit doa ntuk hentikan pendarahan. (Untuk kegunaan sendiri jugak sebenarnya). 2 hari lepas cuci gigi di klinik, darah tak henti2 keluar (Sampai tak boleh tidur). Alhamdulillah, selepas beberapa minit membacanya darah yang banyak keluar itu berhenti dengan izin Allah... Inilah doa yang saya amalkan...




"HEBATNYA KUASA AYAT AL-QURAN"

Monday, September 2, 2013

Semanis Kurma - Doa Pilihan Untuk Anak Dan Suami Isteri

Assalamualaikum... Doa-doa pilihan dari "Semanis Kurma" TV9... Ilmu yang indah untuk dikongsi...



Sumber:- https://www.facebook.com/pages/Suami-isterikeluarga-bahagia/270028826462712

DOA-DOA DALAM SEMANIS KURMA :

1 - Doa Agar Anak Cepat Cerdik : SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2 - Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3 - Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
4 - Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5 - Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 dan ALI IMRAN AYAT 31.

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

Assalamualaikum... Jom cuba rawatan islam ini bagi yang sering alami sakit kepala...



Sumber:- https://www.facebook.com/diarihati

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1 - Baca Surah Al-Fatihah (1 kali) 
2 - Baca Ayatul Kursi (3 kali) 
3 - Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 
4 - Baca Surah Al-Falaq (1 kali) 
5 - Baca Surah An-Nas (1 kali) 
6 - Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 
7 - Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

Nota: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...


Sumber:- https://www.facebook.com/pages/Cosway-Farmasi/207190216096092

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-
1 - SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2 - SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu”, (HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (Sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. Solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat), Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan) Konsep GIVE AND TAKE…