Monday, August 26, 2013

Amalan Untuk Memperolehi Permata Hati (Zuriat)

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Hari ini nak kongsi sedikit info untuk teman-teman yang masih diuji dan berusaha mendapat "Permata Hati". Jangan pernah ada putus asa dalam berusaha ok...

Kepada pembaca atau pengunjung sekalian, moga doakan mereka yang sedang berusaha/ikhtiar untuk mendapatkan zuriat ini berjaya hamil dan memperolehi zuriat sendiri. In Sya Allah, jika kita membantu memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita... Amin..





Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalan Pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
# Baca Bismillah 1 kali
# Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
# Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
# Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat)

Atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
# Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa.

Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan Kedua
Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
# Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
# Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
# Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


@ TIPS DARI SEORANG USTAZ @


Sumber:-  Info yang saya perolehi dari seorang sahabat yang sedang ttc (ICTRBA)

1) Surah Furqan  Ayat 54 ~ Baca dalam hati semasa keluar mani. (Suami).
2) Surah Al-Imran Ayat 38 ~ Baca dimulut 3x sebelum bersama. (Suami Isteri).
3) Surah Al-Anbiya' Ayat 89 ~ Baca dalam hati semasa sedang bersama. (Suami Isteri).






Saturday, August 24, 2013

Cara Ringkas Solat Jenazah

Assalamualaikum... Hari ini ada terjumpa info tentang solat jenazah. Jadi tak salah kita saling kongsi ilmu yang berguna ini walaupun kita kaum perempuan tidak melakukan solat jenazah ini. Tapi sebagai perempuan, isteri, dan ibu, kita patut tahu ilmu ini untuk diajar pada anak-anak lelaki kita. Moga kita semua mendapat manafaat dan pahala dari perkongsian ini... Amin...



Atau https://www.facebook.com/SeindahCintaIslam.blogspot

Cara Ringkas Untuk SOLAT JENAZAH

Belajarlah wahai lelaki. Apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah meninggal. Itu sahajalah penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita...

Cara Ringkas Solat Atau Sembahyang Jenazah :
1) Angkat Takbir "Allahuakbar" dan Niat dalam hati :
- Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
- Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
- Baca Alfatihah hingga akhir

2) Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
- Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3) Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
- Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
- Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
- Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4) Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
- "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
- Selesai

## Jadi jika makmum, ikutlah di belakang imam. Berdiri rapat-rapat dan ikut jugalah rukun di atas. Cukup rukun maka sah lah solat tersebut. Semoga ia menjadi penghormatan terbaik buat jenazah.


Rujukan Lain:-

Friday, August 23, 2013

Hubungan Suami Isteri Di Akhirat Kelak

Assalamualaikum... Suamiku (Nik Asnan).. Semoga hubungan kita terus mewangi dan kekal hingga ke Syurga... Amin...




Sumber:- https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim

Hubungan Suami Isteri Di Akhirat Kelak

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1) Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasulullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin meninggal dunia.

2) Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3) Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4) Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
wanita ini akan bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5) Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6) Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'

Oleh: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim




Harta Berharga Bagi Seorang Isteri

Assalamualaikum... Suami adalah "Harta" yang berharga bagi sorang isteri... (Khas untuk suami tercinta En. Nik Mohd Asnan Nik Mohd Anuar.)



Harta Berharga Bagi Seorang Isteri

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang SUAMI SOLEH. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.

Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka..

Oleh: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

10 Tips Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan

Assalamualaikum... Perkongsian hari ini adalah tips yang boleh kita lakukan jika bergaduh dengan pasangan. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula "Suami Isteri". Gaduh2 sayanggg....


Sumber:- https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim

10 Tips Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi Dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat "terasa", jangan terlalu sensitif atau "take it too personal". Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.

5) Jangan Timbulkan Perkara-Perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) Fokus Satu Isu Pada Satu masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

Admin :- Oleh itu, jika ada masalah bawalah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung-renungkan...



Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri ~



Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.

Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

Cara Aplikasikannya: Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.



Petua Melayan Suami

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi jumaat...



Petua Melayan Suami

1 - Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2 - Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan... menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3 - Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4 - Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5 - Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6 - Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7 - Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

Sifat Mahmudah

Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua...

Thursday, August 22, 2013

Muhasabah Diri – Dari Kisah Insan Terpilih

Assalamualaikum... Hari ini terasa nak berkongsi kisah Arwah yang meninggal pada Ramadhan lalu ketika sedang bersolat. Jadikan kisah hidup atau perjalanan kehidupan beliau sebagai dorongan untuk kita muhasabah diri dan mengambilnya sebagai pengajaran. Jadikan amalan beliau sebagai panduan untuk kita yang masih bernyawa ini...

Muhasabah Diri – Dari Kisah Allahyarham Roslan Ishak (2)


Sumber:- https://www.facebook.com/IslamAgamakuOfficial

Sedikit cerita tentang arwah Roslan Ishak

Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi. Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah ttg kehidupan yg telah dikemudi selama ini. Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud dan kecintaan kepada Allah dan Rasul yg dpt dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) utk tatapan bersama.

Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu. Beliau bersama-sama bekerja utk jamaah dan bertugas sebagai siak surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.

Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 dan kuliah yang diikutinya.

Oleh kerana itu beliau:

1 - Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau menaiki motor dengan berpayung.

2 - Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dlm hari2 kehidupan beliau. Di surau itu lah tempat beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.

3 - Menyampaikan apa yg didengar ketika kuliah kepada ank2 dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.

4 - Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.

5 - Kata beliau lagi jgn sibuk2 harta dunia kerana hanya 3 benda shj yg kita bawa bila mati - "ayah x ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh dan insya Allah anak2 beliau yg soleh).

6 - Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata Allahyarham nnt solat jamaah beliau (surau) macamana pula...

Itu lah antara amalan beliau yg Istiqamah kerana Allah. Beliau x bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dgn beramal soleh.

Beliau pernah berkata rentetan peristiwakematian di Mekah/Madinah (tak berapa ingat) yang meninggal dlm keadaan sujud. Kata beliau, orang biasa macam kita tak boleh dapat ke macam tu, maka hajat dan doa beliau dimakbulkan Allah SWT.

Rakan beliau yg pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata2 Allahyarham.

Kata kak Mar hujan renyai2 ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan dan ditanggalkn pakaian utk dimandikan dan seperti tidur.

Melihat kpd kak Mar yg sederhana dan lembut orgnya, yg sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.

Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar x banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tp beliau redha atas ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT. Al fatihah...

Semoga kita yg hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta...

Muhasabah Diri – Dari Kisah Allahyarham Roslan Ishak (1)


Sumber:- https://www.facebook.com/tajulaiman.tajulanuar

Saya bukanlah orang yang mengenali Allahyarham Roslan Ishak dengan rapat tetapi saya selalu nampak arwah setiap kali saya ke Surau Al-Mujahidin Desa Surada (cuma arwah yang kadang-kadang nampak saya, kadang-kadang tak nampak) dan pernah juga kami bertegur sapa. Masih segar dalam ingatan pada satu hari dia menyuruh saya melaungkan azan.

Cuma di sini saya ingin berkongsi amalan-amalan yang saya nampak arwah selalu kerjakan dan antaranya ialah:

1 - Sentiasa datang awal ke surau (sebelum azan)
2 - Solat lima waktu secara berjemaah setiap hari
3 - Sentiasa berada di saf hadapan
4 - Mendirikan solat sunat rawatib
5 - Mengangkat dan menadah tangan tinggi ketika berdoa dengan penuh khusyuk
6 - Menyusun meja dan kerusi dan menyediakan minuman untuk penceramah setiap kali ada ceramah/tazkirah

Mungkin banyak lagi amalan-amalan yang arwah kerjakan yang mungkin saya tidak perasan tapi Allah lebih mengetahui. Arwah memang seorang yang sentiasa beristiqamah dengan amalannya. Maka, memang layaklah arwah dikurniakan Husnul Khotimah...

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

" Ya Allah, Kau akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (akhir yang baik), dan janganlah Kau akhiri hidup kami dengan suu'ul khotimah (akhir yang buruk) "

Semoga roh ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah...

Luahan Hati Seorang Suami.

Assalamualaikum... Harini terdetik nak kongsi satu kisah yang saya jumpa di FB. Ambillah iktibar dari kisah ini. Jadikan pengajaran wahai suami... Hargai isteri anda...


Sumber:- https://www.facebook.com/TokAdi09

Luahan Hati Seorang Suami (Sedih)

Isteri yang terbaik
Setiap suami mesti baca !!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini…tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.

P/S : Kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya... hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya... Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinan yang ia cari selepas ini... Amin Ya Rabbi...

AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA

Anak Adalah Anugerah, Amanah Dan Ujian Dari Allah.

Assalamualaikum... Anak adalah anugerah Allah, Anak adalah amanah dan anak juga adalah "Ujian"...


DOA DAN AMALAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT.








Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai... Anak juga adalah ujian dari Allah. Ada pasangan kawin je terus dikurniakan "Anak". Dan ada juga pasangan yang bertahun-tahun kawin dan selepas puas berusaha baru dikurniakan zuriat. Hanya Allah yang tahu segala perjalanan hidup kita... Bagi yang diuji, bersabarlah. Terima dengan redha dan teruskan berdoa pada Allah. Moga segala yang kita impikan akan TERMAKBUL...


Bagi yang telah dikurniakan zuriat, bila ada dikalangan kita yang sedang diuji Allah dengan ketiadaan zuriat, usahlah bertanya atau menunjuk-nunjuk yang kita ada zuriat. "Riak" jadinya. Tidak ada pasangan yang berumahtangga yang tidak ingin memiliki zuriat. Bila Allah kata belum masanya, maka kita akan terus diuji.

Keluarga terdekat, rakan atau orang sekeliling perlu menjaga perasaan orang yang sedang diuji... Usah tambahkan bebanan tekanan sebaliknya berikan semangat dan motivasi agar mereka yang diuji ini sabar dan yakin dengan kuasa Allah. Teruskan berusaha dan berdoa, In Syaa Allah cepat atau lambat pasti Allah izinkan hambanya yang diuji dengan berita yang "Gembira"...


Tuesday, August 20, 2013

Puasa Qadha Atau Sunat Syawal?

Assalamualaikum... Mana yang patut kita dahulukan, Puada ganti (Qadha), atau Syawal atau digabungkan?







Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal.

Ini adalah episod kedua dari tajuk lepas, iaitu Lain-Lain Tentang Dua Dalam Satu 

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. 

Hadis sahih ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran pahala kepada sesiapa yang berpuasa sunat enam hari di bulan syawal. 

Telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang terutamanya wanita, iaitu kecenderungan untuk menggabungkan puasa sunat enam syawal dengan puasa qadha, atau dengan istilah lebih mudah, puasa 2 dalam 1. Persoalannya, adakah amalan ini direstui oleh syarak atau sekadar pandangan segelintir ulama yang kemudiannya menjadi kebiasaan yang diterima pakai. 

Bicara ini hanyalah lanjutan hujah daripada beberapa orang tokoh agama Tanah Air, saya sekadar melebarluaskan pandangan mereka dengan menggunakan bahasa dan pendekatan tersendiri. Untuk memudahkan sahabat melakukan rujukan, akan saya sertakan link mereka nanti. Antara mereka yang saya maksudkan ialah Prof Dr Mahmud Zuhdi,seorang Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, juga penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin, Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan (KIAS) dan juga Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan., Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri , bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM, dan sekarang ini diamanahkan sebagai Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat. 

Terus kepada tajuk, mengenai hal ini, ulama sebenarnya berbeza pendapat. Ada yang berpendapat, Ia boleh dilakukan dan ada juga ulama yang berpandangan sebaliknya, iaitu tidak boleh digabungkan antara puasa sunat syawal dengan puasa qadha. 

Tentang pandangan ulama yang mengharuskan, sahabat boleh langsung merujuk artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor (http://www.drhayei.com/2010/07/puasa-sunat-dalam-bulan-syawa.html). Cuma, secara ringkas, ulama yang berpandangan sebegini merumuskan, apa sahaja puasa yang dilakukan dalam bulan syawal(sama ada qadha, nazar atau apa sahaja), dianggap memenuhi kehendak puasa enam hari di bulan tersebut. Jadi pahala puasa sunat syawal akan diperolehi secara automatik apabila seseorang melakukan puasa qadha dalam bulan syawal, sama ada dia niat atau tidak diniatkan puasa sunat itu. 

Tentang persoalan niat pula, mereka berhujah bersandarkan dalil yang umum tentang niat, iaitu “Amalan-amalan itu hanyalah berdasarkan niat-niat. Dan setiap orang mendapat hanya apa yang diniatkan.” (Hadis riwayat Bukhari no1 dan Muslim no 3530) 

Bentuk pengambilan dalilnya ialah: orang yang berpuasa tadi berniat kedua-duanya. Justeru, terhasillah pahala bagi kedua-duanya. 

Namun, menurut kebanyakan ulama, niat puasa yang mengabungkan antara Qadha dan puasa sunat Syawal hanya menjadikan ia sah untuk puasa qadha sahaja. Menurut Ibn Hazim pula kedua-duanya tidak sah. Hujah mereka ialah kerana kedua-dua ibadah tersebut merupakan ibadah yang dimaksudkan dan menjadi matlamat secara tersendiri. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24). 

Matlamat Puasa Qada Ramadhan adalah kerana meninggalkan puasa Ramadhan. Matlamat Puasa enam Syawal pula adalah ekoran daripada puasa wajib Ramadhan. Lebih lanjut tentang penjelasan ini, langsung sahaja membaca artikel yang ditulis oleh Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Menurut Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, yang juga dikenali sebagai Abu Anas Madani, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Sila rujuk artikel beliau atau langsung ke web site Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan (http://www.kias.edu.my/sfo-puasa6.htm) 

Secara peribadi saya amat tertarik dengan hujah yang diblontarkan oleh Prof Dr Mahmud Zuhdi. Beliau juga tidak menerima atau tidak mengharuskan amalan puasa dua dalam satu ini. Prof Dr Mahmud Zuhdi menegaskan amalan mengabungkan puasa qadha dengan puasa sunat enam syawal ini bercanggah dengan hadis yang bermaksud “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” 

Umum mengetahui, MENGIRINGI membawa maksud berasingan dan bukannya digabungkan. Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. 

Kata Prof Dr Mahmud Zuhdi lagi, ia ibarat seseorang yang ingin membayar hutang, namun dalam masa sama, duit itu ingin disedekahkan kepada orang memberi hutang kepadanya. Tentu sekali tidak dapat diterima, sebab hutang wajib dilunaskan manakala sedekah pula hanyalah amalan sunat. 

Kesimpulannya, eloklah dilaksanakan secara berasingan meskipun ada pendapat yang mengatakan ia boleh disatukan. Ambil jalan selamat di sebalik khilaf ulama. Selesaikan dahulu puasa ganti yang bertaraf wajib, kemudian barulah kita kejar puasa enam syawal yang bertaraf sunat. Segunung ibadat sunat tetap tidak mampu menandingi ibadat wajib. Jutaan solat sunat yang dilakukan tetap tidak bererti andainya solat fardhu tidak dilaksanakan. Segunung sedekah tiada maknanya andainya zakat diabaikan. 

Saya berminat sekali untuk perturunkan nasihat yang titipkan oleh Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman 

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw: 

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]” 

Rujukan Lain: