Thursday, June 20, 2013

Khasiat Memeluk Isteri

Assalamualaikum... Untuk para suami, rajin2 la peluk isteri ya.... Banyak faedahnya... hehehe...


Sumber:- https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim

Khasiat Memeluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh memyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Andai Lelaki Tahu

Assalamualaikum... Ceria-ceriakan hidup anda...



ANDAI LELAKI TAHU

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang.. Tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

SEMOGA BERMANFAAT

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. Ibarat tasbih & benang pengikatnya. Terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian

~ Sharing Is Caring ~

Ciri-Ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

Salam ceria untuk semua... Happy-happy sokmo...



Ciri-Ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

1 - Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2 - Peluk isteri secara tiba-tiba.

3 - Puji isteri cantik.

4 - Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5 - Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6 - Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV.

7 - Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8 - Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9 - Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10 - Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11 - Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary atau pun birthday.

12 - Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13 - Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14 - Buat candle light dinner secara mengejut

Doa Untuk Suami

Assalamualaikum semua... Apa khabar anda hari ini? Moga kalian semua dalam limpah dan rahmat Ilahi Sentiasa... :)

Doa Untuk Suami... (En.Nik Mohd Asnan)


Thursday, June 6, 2013

Doa Untuk Wanita Agar Senang Hamil

Assalamualaikum... Lama tak update blog... Salam Jumaat untuk semua... hari ni nak kongsi sikit info dan ilmu tentang kesuburan wanita... Terutama bagi mereka yang berusaha memperolehi cahaya mata...




Home » DOA MUSTAJAB » DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL.

DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL

Salam kepada para pembaca terutama kaum wanita yang sudah berkahwin,

Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.

Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 
1 - Istighfar 10x.
2 - Shalawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.
4 - Ayatul Kursi 1x.
5 - Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
6 - Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.