Monday, May 13, 2013

Rejab Datang Lagi...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, Rejab datang lagi.... Ramadhan semakin hampir... Moga kita semua dipanjangkan usia dan mampu melakukan ibadah dalam bulan-bulan terpilih ini...



Diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi didalam Al-Syu'ab (3/37/3810) dan Ibnu Abi Al-Dunya di dalam Mujab Al-Da'wah.





Rujukan lain:-

Niat Solat Jamak Kasar

Assalamualaikum dan salam ceria... Kepada yang berpuasa sunat dibulan Rejab ini diucapkan selamat berpuasa....

Niat Solat Jamak Kasar - Dari Buku Indahnya Hidup Bersyariat.

Thursday, May 9, 2013

Adab Berdoa Dan Jenis Ujian

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua... Hari ini nak kongsi sikit tentang adab berdoa... Sama-sama kita melakukan yang terbaik. Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih Ilahi selalu... Amin....


Setiap doa adalah "Terhalang" sehingga kita berselawat ke atas Nabi SAW... Oleh itu mulakan dahulu berselawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum kita berdoa... Semoga apa yang kita pohonkan akan diperkenankan dan mendapat keredhaanNya... Amin...


Adab-Adab Berdoa.







Jenis-Jenis Ujian...

Wednesday, May 8, 2013

Jangan Sedih... Senyumlah.

Salam ceria untuk semua.. Terima ujian dan dugaan dengan hati yang lapang dan ikhlas kerana Allah... Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... Setiap cubaan dan cabaran yang kita lalui pasti ada hikmahnya dari Allah...





















Doa Buat Suami...

Assalamualaikum semua... Moga apa yang berlaku hari ini dijadikan pengajaran untuk hari esok... Dan perjalanan untuk esok adalah yang lebih baik dari hari ini... In Syaa Allah...


Doa Buat Suami... (En.Nik Asnan)

Jemput like/share/kongsi..

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampuni dosa-dosa ku yang telah ku buat...
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas 
Kau berikan aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakan aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah 
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

"I LOVE MY HUSBAND"..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..