Friday, April 27, 2012

9 Month In The Womb

Ya Allah perkenankan doa hambamu ini...

Jom Belajar Membaca Al-Quran...

Jom belajar Quran... kepada yang masih belajar mengenal huruf.quran, amat elok kerana ia satu kaedah yang senang untuk belajar...


Kepada adik-adik atau bagi mereka yang mahu belajar mengenal huruf elok didengar dan lihat video ini... Selamat Beramal...

Terciptanya Manusia..

Lihatlah, betapa hebatnya kuasa Allah... Terciptanya manusia dimukabumi ini dengan izinnya... Tapi berapa ramai yang bersyukur????...

Allahuakhbar...

Puisi - Sajak Sakaratul Maut (Audio).

Dengar dan hayatilah... Untuk lebih berkesan elok didengar pada waktu malam dan didengar dalam keadaan gelap (tutup lampu)... Gerenti seram dan insaf... Cubalahhhh...

Ujian Hidup...

Setiap manusia akan diberikan dugaan dan ujian hidup. Ujian yang diterima setiap manusia adalah berbeza. Jadi walau apa pun ujian yang diberikan keatas kita, terimalah dengan redha dan pasrah. Bersangka baik pada Allah. Mungkin akan diberikan yang lebih baik untuk kita...


Jodoh - Usah Mencari Yang "TERLALU SEMPURNA"


Sumber:- http://www.facebook.com/senanghamil?sk=app_221525234532053#!/KisahWanita

:: JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup.

Begitulah juga... setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Saturday, April 14, 2012

Lahirnya Seorang Ustaz...


Kisah Wanita
Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya:
"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"
SUBHANALLAH... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

Jika Kita...

~ Jika kita marah-->TOPUP wuduk utk menyejukkan jiwa..
~ Jika kita bingung--> KLIK doa agar tenang hati..
~ Jika kita dipuji--> RELOAD syukur supaya tidak alpa..
~ Jika kita gagal--> DOWNLOAD usaha utk memberi semangat..
~ Jika kita kecewa--> RESTART tenaga agar sentiasa sedar..
~ Jika kita berdosa--> UNDO perangai itu & bersolat taubat..
~ Jika kita berdendam--> DELETE buruk sangka supaya bersih hati..
~ Jika kita berbohong--> BACKSPACE kata-kata utk memperbetulkan keadaan..
~ Jika kita buat maksiat--> REGISTER SOFTWARE sikap baru & taubat nasuha..

Ada Hikmah Terjaga Malam...


# Ada hikmah kalau kita terjaga di waktu malam #
Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda te...rima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."
[TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT ]