Tuesday, March 20, 2012

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih.. minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

- Fedtri Yahya

Cinta (2)


Mungkin CINTA pernah menorehkan sakit untukmu, pernah membuat kita banjir dgn airmata, tapi ingatlah iapun pernah membuat hari-harimu penuh warna2 yg indah, Hanya kadang kisah yg telah di siapkan-Nya utkmu, membuat kita harus lebih memahami hadirnya, maka kita pun harus rela melepaskan perginya. Jgn butakan hati dgn egomu, hingga diri pun enggan bristikharah, bahkan 'menuding' cinta sebagai penyebab semua sakitmu. Padahal kelak, mungkin ia hadir lagi utkmu, setelah waktunya benar2 tepat utkmu memaknainya...

Sumber:- http://www.facebook.com/#!/Wanita.Solehah.BidadariSyurga/posts/301558409910332

Sabar...



kite tahu HIDUP kite ni ialah tempat kite diuji dgn pelbagai ujian mengikut kesesuaian n kesanggupan setiap org... Tetapi kite selalu menganggap diri kitelah org yg paling MALANG andai saat kite diuji dgn ujian yg ALLAH bg dlm bentuk kesusahan n kesedihan..... Sdangkan disekelilingnye terdapat lbh ramai lg org yg mendapat ujian yg lbh berat darinye...
Kerana itulah kite perlu tahu ttg HIKMAH2... yg ade dsebalik kejadian yg berlaku itu supaya kite menjadi lbh TENANG, RELAKS, SABAR serta REDHA...
Bukanlah BERSEDIH itu tdk boleh... Bersedih itu perlu krn kite ni MANUSIA BIASA... Tetapi kalo melampau dlm BERSEDIH tiada sedikit pom MANFAAT yg kite akan perolehi di SANA kelak...... Kerana BERSEDIH yg MELAMPAU itu sama seperti kite tdk redha ngn ujian-NYA..
Sumber:- http://www.facebook.com/#!/pages/Realiti-Alam-Perkahwinan/114526911912691

Thursday, March 15, 2012

Solat 5 Waktu..

Solat itu tiang agama... peruntukkan secebis masa untuk mengerjakannya...

Sahabat...

Adakah aku sahabat yang baik?
Tepuk dada tanya hati...




Jadikan Zikir Sebagai Amalan Harian Kita...

Dalam kehidupan harian kita pemuh kekosongan jika kita tidak mengisinya dengan perkara yang berfaedah...
Disamping mengejar kemewahan dunia, jangan lupa bekalan untuk dibawa kesana.. (Akhirat)..
 Belilah sebanyak mungkin saham akhirat kerana hanya itu penyelamat kita bila disana nanti... Tiada apa yang dapat menolong kita melainkan amal ibadat, sedekah dan doa dari anak-anak yang soleh....

Wanita Solehah...

Adakah aku sudah layak?
Apa-apa pun semua itu belum pasti.. Jadi ingatan untuk diriku sendiri... sentiasa berubah kearah itu perlahan-lahan...

CINTA...

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.



Tempat Seorang Isteri...

Tempat seorang isteri (atau isteri-isteri) adalah di sisi suaminya ketika suka dan duka, senang dan susah, sihat dan sakit, derita dan bahagia. Ketika seorang suami berhadapan dengan ujian, cabaran dan masalah maka kata-kata semangat dan doa seorang isterilah yang memberikan ketenangan, kekuatan dan kegembiraan. Maka gembiralah suami yang diberikan Allah isteri yang sebegitu. Sedih dan hampalah pula suami yang mendapat isteri yang sebaliknya. Bagi seorang suami, apa yang dilakukan bukan untuk dirinya tetapi untuk isteri dan anak-anaknya. Apabila jatuh seorang suami, maka jatuhlah maruah seluruh ahli keluarganya. Sebab suami adalah lambang dan ketua keluarga. Fikir-fikirkan.- Dr.Tengku Asmadi bin T.Mohamad

Monday, March 12, 2012

Belajar... Hadiah...



Sumber:- http://www.facebook.com/#!/pages/Dunia-macam-macam/217437684960788

Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi ,
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi.

¤ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.
¤ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan.
¤ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan.
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang.
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah.
¤ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian.
¤ Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran.
¤ Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah selawat.
¤ Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah ketaqwaan.

Yang terbaik jika anda kongsikan bersama rakan taulan. ~ Z ~

Motivasi – Faedah Memeluk Isteri!!


Sumber:- http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=158613580823702&id=1307172021

by Ayong Sal on Thursday, September 30, 2010 at 10:35pm

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. 

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Ragu Solat Jamak & Qasar..



Sumber:- http://www.hmetro.com.my/articles/Ragusolatqasar_jamak/Article

Isnin, 27 Februari 2012

SAYA mempunyai kemusykilan berkenaan solat jamak dan qasar. Dari pemahaman dan pengetahuan saya, solat itu boleh dilaksanakan jika jarak perjalanan melebihi dua marhalah atau 90 kilometer (km).

Jika saya dalam satu perjalanan yang jauh dan berhenti seketika untuk mengerjakan solat Zuhur kemudian dijamakkan dan qasar dengan Asar.

Apa yang saya tahu jika saya sampai ke rumah sebelum masuk waktu Asar, bermakna solat jamak Asar saya tadi terbatal dan perlu solat Asar semula dengan empat rakaat seperti biasa.

Tetapi, saya keliru kerana ada pendapat mengatakan tidak perlu solat Asar semula kerana sudah dilaksanakan dalam perjalanan tadi. Jika saya ingin ke Pahang dari Ipoh, tetapi singgah bermalam di Kuala Lumpur selama dua hari sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang, adakah saya masih boleh meneruskan solat jamak dan qasar?

Bagaimanakah cara pengiraan hari bagi melakukan solat jamak dan qasar itu?

ABDUL HAMID,
Perak

ISLAM memberi keringanan bagi orang musafir untuk melakukan solat fardu dengan menjamak dan menqasarkan berlandaskan syarat tertentu.

Apabila sudah melaksanakan tanggungjawab seperti mengerjakan solat Zuhur dan Asar secara jamak dan qasar, pelaksanaan kewajipan solat sudah sempurna dan tidak perlu diulangi lagi seperti situasi di atas tadi.

Dengan kata lain, ia tidak terbatal hingga terpaksa mengulangi solat Asar.
Dalam keadaan bermusafir, menjamak dan menqasar solat boleh dilakukan selama tiga hari tiga malam apabila tidak berniat untuk menetap (bermukim).

Anda boleh melakukan solat jamak dan qasar ketika di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang. Kemudahan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar ada dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa ‘mengqasar’ (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 101)

Cantiknya WANITA...


Nur Solehah ~ CANTIKNYA░░WANITA 

.................... Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia, tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam DOA... bukan kerana KATANYA yang INDAH tetapi saat BIBIRNYA basah dengan BERZIKIR... bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona, tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah... bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT.. Subhanallah.. 

Motivasi Diri... Bahagia...

Bahagia itu bukan milik mereka yang hebat & bijak... tapi milik mereka yang sedar hakikat dirinya. Kesedaran akan kebolehan & keterbatasan diri serta sentiasa syukur setiap nikmat yang Allah anugerahi membuatkan seseorang itu sentiasa tersenyum gembira, redha dan tidak berputus asa. Dari sini terbitnya perasaan tenteram, ceria & gembira yang tak mampu diletak nilai harganya... Subhaanallah.
-http://www.facebook.com/Sbmssm